home Semasa Hierarki pembelian kempen utamakan produk Muslim

Hierarki pembelian kempen utamakan produk Muslim

 

TERUSKAN kempen utamakan produk Muslim. Semoga usaha kecil kita menjadi saham di dalam menguatkan ekonomi umat Islam dan negara.

Cadangan ringkas awalan saya berkenaan dengan hierarki pembelian dalam menjayakan kempen ini (boleh dikembangkan dan ditambahbaik):

Pembelian barangan atau servis ini adalah mengikut hierarki ini:

1. Pastikan barangan yang kita beli adalah produk Muslim yang dibeli di kedai Muslim (peniaga Muslim seharusnya mengutamakan produk-produk Muslim di kedainya dan memastikan bahawa produk-produk dikedainya adalah pelbagai), jika tiada;

2. Belilah barangan Muslim yang dijual di kedai bukan Muslim (saya lebih utamakan yang ini daripada perkara 3 di bawah), jika tiada;

 

 

3. Belilah barangan bukan Muslim di kedai Muslim. (jadi penjual Muslim, jika mahu orang Islam berterusan datang ke kedai anda, seharusnya pastikan perkara 1 di atas).

P/s: 2 dan 3 di atas boleh dibincangkan lagi, dan mungkin berubah-ubah berdasarkan keadaan;

Jika tiada;

4. Barulah membeli barangan bukan Muslim. Dalam masa yang sama sentiasa berdoa (jika mampu-berusaha) agar akan ada produk dalam perkara yang kita hajati tersebut.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها..
اتقوا الله ما استطعتم

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan 2019M dan Maal Hijrah 1441H.

Dr Aznan Hasan

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *