home Semasa Indahnya aturan Allah, Permaisuri Agong bertemu Qari tersohor dunia

Indahnya aturan Allah, Permaisuri Agong bertemu Qari tersohor dunia

 

KDYMM Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tanpa dirancang bertemu dengan Qari tersohor dunia, Syeikh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy atau lebih dikenali sebagai Syeikh Misyari Al-Afasy di KLIA.

Baginda yang kebetulan berangkat ke KLIA untuk menghantar anakanda Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja,Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk pulang ke London bagi meneruskan pengajian tahun pertama di sebuah Universiti tiba-tiba sahaja disapa Syeikh Misyari yang juga kebetulan berada di KLIA untuk berlepas ke Indonesia selepas siri jelajahnya ke Malaysia.

 

 

Selain pakar dalam 10 jenis bacaan dan penterjemah Al-Quran, Syeikh Misyari juga adalah seorang ahli nasyid dan pernah menjadi Imam Masjid Nabawi, Madinah dan Imam solat Terawih setiap tahun di Masjid Agung Al-Kabir, Kuwait.

Beliau merupakan lulusan Universiti Islam Madinah pernah menerima pendidikan dari Qari terkenal dunia seperti, Syeikh Ahmad Abdul Aziz Al-Zaiat, Syeikh Muhammad Sadiq Al-Minshawi, Syeikh Mustafa Ismail dan sebagainya.

Syeikh Misyari kemudiannya memuat naik video pertemuannya dengan Baginda ke media sosialnya, Instagram @alafasy. Serentak dengan itu, umat Islam dari seluruh dunia dilihat memuji dan mengirim salam buat Raja Permaisuri Agong.

 

https://www.instagram.com/p/B2-pMZ5H5FZ/

 

Dalam video pertemuan itu, Raja Permaisuri Agong dilihat mendengar bacaan Al-Quran oleh Syeikh Misyari melalui telefon bimbitnya berkata kepada Syeikh Misyari,” Allah memberi anda suara yang sangat merdu, semua orang Islam suka mendengar bacaan anda, adakalanya anda menangis ketika membaca Al-Quran membuatkan sesiapa saja yang mendengarnya turut menangis termasuk saya”, dan disambut dengan ucapan Alhamdulillah, Semoga Allah merahmati Tuanku, oleh Syeikh Misyari.

DAULAT TUANKU.

Disediakan oleh
Unit Komunikasi Dan Media Pahang

Sumber: FB Kerajaan Negeri Pahang

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *