home Semasa Muafakat Nasional kena usaha dapatkan dominasi politik Islam

Muafakat Nasional kena usaha dapatkan dominasi politik Islam

 

BANGI – Rakyat bukan sekadar menunggu untuk mejatuhkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH), malah mereka juga mahu tahu perubahan yang dijanjikan melalui taawun siyasi antara UMNO dan PAS.

Presiden Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Datuk Dr Ir Ts Badhrulhisham Abd Aziz berkata, rakyat ternanti-nanti sama ada kerjasama kedua-dua parti mampu menjadi lebih baik daripada tempoh ketika Barisan Nasional (BN) berkuasa atau seburuk pemerintahan PH ketika ini.

Tidak menafikan ramai yang terharu dengan kerjasama politik antara dua parti terbesar orang Melayu, sekali gus membuktikan masih ada rasa cinta dan setia pada agama dan bangsa, namun katanya, jangan alpa tentang hakikat sebenar kerosakan yang telah berlaku kepada umat.

“Kerjasama itu datang selepas kita hilang segala-galanya. Selepas lebih 60 tahun merdeka, bukan sahaja kita gagal menguasai 30 peratus daripada ekuiti negara, seperti yang disasarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), malah kita hilang dominasi politik.

“Kerajaan yang didominasi DAP kini sedang rakus menjual aset negara, merubah polisi yang menyebelahi orang Melayu dan membaham segala peluang yang ada selagi mereka berkuasa. Ketamakan mereka menyebabkan rakyat negara ini berantakan sesama sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

 

 

Semalam, UMNO dan PAS secara rasmi memeterai piagam kerjasama dua parti itu yang dikenali sebagai Piagam Muafakat Nasional.

Piagam itu ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi UMNO dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) pada satu majlis bersempena Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Piagam berkenaan adalah satu tatakelola kerja bagaimana kedua-dua parti harus bergerak dari sekarang hingga ke pilihan raya umum yang akan datang.

Dr Badrulhisham percaya kerja yang perlu dilakukan oleh Muafakat Nasional untuk mendapatkan kembali dominasi kuasa di tangan orang Melayu tidak mudah, apatah lagi membina dominasi ekonomi.

“Justeru, Muafakat Nasional tidak seharusnya menghentikan semaraknya hanya di PWTC semata-mata, tetapi Berjasa juga menggesa pelan tindakan menyeluruh dilaksanakan segera bersama semua parti-parti komponen BN, Gagasan Sejahtera dan badan bukan kerajaan (NGO), demi memikirkan pelan tindakan terbaik negara pada pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 nanti.

“Berjasa yakin bahwa segala impian dan cita-cita rakyat juga perlu dibawa sebagai aspirasi tertinggi Muafakat Nasional,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Muafakat Nasional kena usaha dapatkan dominasi politik Islam

  1. Alhamdulillah…bagus jika UMNO dan PAS bertaut kembali……tetapi selagi sikap dan akhlak tidak diubah….susah sikit…pi mai pi mai..tang tu gak…..apa kata kalau kita balik ke asal…back to the basic…balik ke pabgkal jalan…..kena hidapkan balik semangat asal…semangan PEKEMBAR…itulah yang asal…bukan UMNO atau PAS…..sedarlah orang Melayu….mak bapak kita dahulu bersusah payah ujudkan PEKEMBAR…tetapi ngapa jadi UMNO dan PAS pula????? Cuba amati lambang parti keramat kita tu…….yang bertulisan jawi tu…..saya tak nampak UMNO atau PAS…yang saya nampak….PEKEMBAR…..butakah orang melayu ni???? Nak tau ceritanya hubingilah saya – 011 57139411

    Yang ikhlas
    Pokcik Leman – waris PEKEMBAR – IBU Khadijah Sidek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *