home Semasa UMMAH bersyukur keputusan inkues berpihak kepada Muhammad Adib

UMMAH bersyukur keputusan inkues berpihak kepada Muhammad Adib

 

SHAH ALAM – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyatakan kesyukuran apabila keadilan berpihak kepada Muhammad Adib Mohd Kassim, setelah Mahkamah Koroner di sini hari ini memutuskan kematian anggota bomba itu akibat perbuatan jenayah.

Pengerusi UMMAH, Aminuddin Yahaya berkata, penjelasan diberikan oleh hakim dengan bukti begitu banyak menunjukkan bahawa Muhammad Adib sebenarnya dipukul dan wujud elemen jenayah dalam kes itu.

“Akhirnya kebenaran ditegakkan apabila keputusan hari ini berpihak kepada Allahyarham Muhammad Adib. Insya-Allah lepas ini UMMAH akan terus mengikuti kes ini secara rapat apabila penjenayah-penjenayah itu dilindungi oleh pihak pentadbiran.

“Hakim juga menyatakan bahawa pihak polis negara dan Peguam Negara perlu mengambil tindakan kerana ada elemen jenayah dalam kes ini.

“Justeru, kita berharap mereka menerima arahan dari hakim tadi seterusnya mendakwa penjenayah yang terbabit dalam kes ini,” katanya kepada pemberita di luar Kompleks Mahkamah Shah Alam, di sini.

 

 

Selain itu, Aminuddin yang juga Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mengucapkan terima kasih kepada barisan peguam Muhammad Adib, terutamanya Shazlin Mansor serta rakan-rakan beliau kerana berjaya memberikan hujah yang baik dan konkrit sepanjang prosiding inkues berjalan.

“UMMAH akan terus memberi sokongan jika ada apa-apa lagi tindakan atau appeal yang dibuat oleh pihak pendakwa selepas ini,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib yang parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Mahamariamman USJ 25, Subang Jaya dekat aini pada 27 November lepas adalah akibat perbuatan jenayah oleh lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Koroner Rofiah Mohamad yang mendengar prosiding inkues selama 41 hari bagi menentukan punca kematian Muhammad Adib berkata, mahkamah menerima keterangan saksi ke-29, Pakar Patologi Forensik United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid bahawa mangsa dihentak dan diseret keluar dari van bomba pada masa kejadian.

Beliau merumuskan kecederaan disebabkan oleh objek tumpul pada dada (blunt chest trauma) yang dialami arwah bukan perbuatan sendiri, tetapi impak perbuatan jenayah oleh lebih daripada dua individu yang berada di tempat kejadian. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “UMMAH bersyukur keputusan inkues berpihak kepada Muhammad Adib

  1. Syukur alhamdulillah mudah2an kenenaran dan keadilan ditegakkan bukan sahaja kes Adib tetapi semua kes kesalahan yang dilakukan dibumi malaysia ini insya Allah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *