home Semasa Jakim perlu betulkan konsep Rahmatan Lil Alamin: Kongres

Jakim perlu betulkan konsep Rahmatan Lil Alamin: Kongres

 

SHAH ALAM – Resolusi Kluster Agama yang dibentangkan pada Kongres Maruah Melayu menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membetulkan konsep Rahmatan Lil Alamin dan Hifz al-Din.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Jakim perlu mendapatkan pandangan daripada ulama dan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam membawa konsep tersebut.

Menurutnya, institusi Islam di negara ini perlu diperkasa supaya menjadi lebih cekap.

“Menteri yang dilantik bagi menjaga hal ehwal agama Islam dan ahli mesyuarat negeri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama bagi negeri hendaklah dari kalangan orang Islam yang dihormati, berilmu dan menuruti fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya ketika membentangkan resolusi di Kongres Maruah Melayu yang berlangsung di Stadium Melawati hari ini.

 

 

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, jawatan utama kepimpinan negeri dan negara juga seharusnya diterajui oleh orang Melayu Islam dan beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Beliau berkata, kerajaan disaran memastikan kepercayaan dan doktrin yang bertentangan dengan agama Islam dapat disekat dengan sepenuhnya bagi menggelakkan ia disebar di dalam negara ini.

“Tiada kompromi bagi mereka yang tak hormati agama Islam,” katanya.

Tambahnya, kerajaan harus bertindak tegas untuk mempertahankan agama Islam dan menjadikannya sebagai cara hidup bernegara.

“Hak yang telah terjamin dan dipelihara dalam Perlembagaan Persekutuan mesti dipertahan oleh kerajaan,” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *