home Semasa Kempen Utamakan Produk Muslim tunjuk perkembangan baik: Ummah

Kempen Utamakan Produk Muslim tunjuk perkembangan baik: Ummah

 

NGO Ummah mendakwa kempen Utamakan Produk Muslim (BMF) berada di landasan yang betul apabila pemilik perniagaan Melayu melaporkan kenaikan jualan dari 50 hingga 100 peratus.

Sebaliknya Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahaya memberitahu Malaysiakini bahawa NGO itu menerima aduan daripada pemilik perniagaan Cina yang perniagaan mereka mengalami penurunan sebanyak 50 peratus.

“Perkembangan sangat baik. Banyak peniaga menyatakan (Jualan) naik antara 50-100 peratus. Dalam masa yang sama, (mereka) kata perniaga Cina mengadu kata perniagaan drop sehingga 50 peratus.

“Sekarang ni, tugas kita adalah untuk kekalkan sentimen. Kita kekal Buy-Muslim-First, bukan boikot. Dalam masa yang sama, kita tengah kumpul data-data peniaga,” kata Aminuddin ketika ditemui di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur.

Beliau berkata disebabkan populariti kempen tersebut, beliau menerima aduan daripada rakan-rakan dan pemilik perniagaan yang diugut pihak tertentu.

“Saya ada dengar terdapat kawan-kawan kita – peniaga-peniaga dan NGO-NGO yang menggerakkan BMF terpaut ugutan. Saya belum sahkan tapi bagi saya benda ni tak wajar sama sekali.

“Kita cuma suruh utamakan produk Muslim,” katanya.

 

 

Aminuddin mengakui walaupun terdapat peningkatan dalam jualan, kilang-kilang dan pemborong yang dikendalikan bukan Melayu tidak terjejas.

“Mungkin yang terjejas tu kedai. Tapi pemborong dan kilang saya rasa tak boleh pun tembusi. Bukan semua kita boleh buat sendiri. Kita masyarakat majmuk,” katanya.

Kempen berkenaan sebelum ini menerima pelbagai reaksi dan menimbulkan kontroversi kerana dikatakan meminta orang ramai memboikot produk bukan Muslim.

Ini menyebabkan Ummah mengadakan sidang media pada awal September untuk menjelaskan bahawa mereka tidak pernah mendesak orang Melayu memboikot produk bukan Muslim, dan mendakwa kempen itu dicemari oleh beberapa ahli politik yang mengaitkannya dengan perkauman.

Bagaimanapun, media sosial semakin marak dengan gesaan agar orang ramai memboikot produk bukan Muslim, menyebabkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberi nasihat terhadap gerakan kempen berkenaan.

“Mungkin ada orang yang cetek fikiran yang buat benda macam ini. Tetapi tak berkesan. Boikot itu senjata yang tak berkesan, tak guna buat (perkara) itu.

“(Ia) cuma timbul kemarahan. Jangan boikot barang sesiapa pun, Bumiputera atau bukan Bumiputera,” katanya. – MalaysiaKini

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

One thought on “Kempen Utamakan Produk Muslim tunjuk perkembangan baik: Ummah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *