home Semasa Sekolah Islam juarai tiga tempat terbaik di Britain

Sekolah Islam juarai tiga tempat terbaik di Britain

 

LONDON: Sekolah agama Islam berada di tiga tempat teratas institusi pendidikan menengah terbaik Britain.

Secara keseluruhan, empat sekolah agama berada dalam senarai 10 terbaik.

Mendahului senarai adalah Sekolah Tinggi Perempuan Islam Tauheedul di bandar raya Blackburn diikuti Sekolah Lelaki Eden di Birmigham dan Sekolah Perempuan Eden di Coventry.

Ketiga-tiga sekolah berkenaan dikendalikan menurut nilai Islam dan Britain.

Senarai itu disusun setiap tahun oleh kerajaan yang menilai tahap sekolah di seluruh negara berdasarkan ukuran termasuk pencapaian akademik dan peratusan pelajar yang kekal untuk meneruskan pengajian.

Di United Kingdom, pendidikan wajib berakhir pada usia 16 tahun, selepas itu pelajar boleh meninggalkan sekolah untuk memasuki pasaran kerja atau meneruskan pengajian.

Menurut rangka kerja ‘Progress 8’, yang digunakan kerajaan untuk mengukur persembahan, sekolah dinilai menurut kemajuan pelajar selain gred yang dicapai.

Di Tauheedul Islam, 83.3 peratus pelajar mencatatkan gred kelulusan tinggi dalam Bahasa Inggeris dan Matematik, dan memperoleh 69.9 peratus dalam skala Progress 8.

Sekolah itu menguasai tempat teratas empat tahun berturut-turut.

 

 

Semua tiga sekolah terbaik itu dikelaskan sebagai ‘Amat Baik Mengatasi Purata’ dalam terma pencapaian oleh kerajaan dan dinilai ‘cemerlang’ oleh Ofsted, badan kerajaan yang ditugaskan memastikan kualiti pendidikan di sekolah awam dan persendirian.

Dalam kenyataan, Majlis Islam Britain (MCB) berkata, statistik menunjukkan sekolah agama menunjukkan prestasi amat baik walaupun berhadapan persepsi negatif.

“Pujian mesti diberikan kepada guru, ibu bapa dan sudah tentu pelajar, bagi prestasi tinggi sekolah agama di atas pencapaian cemerlang ini.

“Keputusan menunjukkan bahawa dengan kerja keras dan latar belakang pelajar yang berdedikasi dan dalam mana-mana suasana pendidikan boleh mencapai yang terbaik,” kata Setiausaha Agung MCB, Harun Khan. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *