home Semasa Timbalan Mufti Perak dianugerah Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak

Timbalan Mufti Perak dianugerah Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak

 

BANGI – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim diberi penghormatan apabila menerima anugerah pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-63 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Ustaz Zamri yang juga Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) menerima anugerah Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Beliau adalah antara 12 individu yang menerima DPMP termasuk seorang penerima Darjah kehormat iaitu Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mahmoud Hussien Saeed Qatta.

Turut menerima DPMP ialah dua Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perak (Exco) iaitu Pengerusi Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi serta Pengerusi Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Abdul Yunus Jamahri.

 

 

Sehubungan itu, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyampaikan ucapan tahniah kepada Ustaz Zamri atas pencapaian ini.

“Tahniah kepada Pengerusi Majlis Ulama Isma. Teruskan berbakti kepada ummah,” kata Presiden Isma, Haji Aminuddin Yahaya.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada 10 November ini. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *