home Semasa Kena ada akta khusus bendung isu diskriminasi wanita

Kena ada akta khusus bendung isu diskriminasi wanita

 

KOTA KINABALU – Kerajaan perlu mewujudkan satu akta khusus bagi menangani masalah diskriminasi di tempat kerja, supaya golongan wanita terus mendapat pembelaan.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Sabah, Wahidatul Husna Zuldin berkata, walaupun negeri itu belum kritikal dalam isu diskriminasi, tetapi masih perlu diberi perhatian sekiranya berlaku di Semenanjung. 

Beliau mengakui isu berkenaan pernah tercetus sebelum ini, dan telah diselesaikan dengan baik, namun Malaysia perlu memiliki akta khusus bagi membendung masalah diskriminasi di tempat kerja. 

Mengambil contoh kes di Sabah, beliau berkata, isu diskriminasi boleh dilihat apabila ada wanita yang cuba memohon pekerjaan di hotel terkemuka, tetapi gagal kerana enggan memenuhi syarat hotel menanggalkan hijab, termasuk perlu memakai pakaian yang tidak mematuhi syariat. 

 

 

“Satu kes di Keningau, sebuah hotel menidakkan hak pekerja untuk menunaikan solat kerana risau terganggu waktu kerja.

“Juga satu kes di bahagian department store terkemuka, juruwang wanita tidak dibenarkan berhijab. Meskipun aduan yang kami terima ini berlaku dua tahun yang lalu, namun Wanita Isma di Sabah sangat berharap isu diskriminasi sebegini tidak berlaku dan setiap hak wanita sentiasa dipelihara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati golongan wanita untuk sentiasa berpegang dengan akidah dengan tidak menggadaikan prinsip Islam. 

“Ingat, kita hidup dalam sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama Persekutuan. Nasib golongan wanita pasti akan terbela,” katanya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *