home Semasa Kerajaan secara prinsipnya tidak iktiraf kumpulan LGBT

Kerajaan secara prinsipnya tidak iktiraf kumpulan LGBT

 

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan tidak menyokong sebarang diskriminasi terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, ketika menggulung perbahasan Laporan Tahunan SUHAKAM 2018, menjelaskan kerajaan secara prinsipnya tidak mengiktiraf LGBT.

Beliau mengulas perbahasan Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) yang meminta komuniti LGBT supaya kembali ke pangkal jalan kerana ia bercanggah dengan Islam.

Che Abdullah juga dalam perbahasannya mendakwa ramai pekerja Islam di sektor swasta tidak dibenarkan solat Jumaat manakala wanita tidak dibenar berpakaian menutup aurat.

Usul Laporan Tahunan SUHAKAM 2018 yang kali pertama dibentangkan di Dewan Rakyat, diluluskan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara. Perbahasan berlangsung hampir tiga jam itu membabitkan 12 ahli Parlimen.

Timbalan Speaker, Nga Kor Ming mengumumkan keputusan itu selepas usul berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali ketiga Vui Keong.

Usul itu adalah bagi membuka laluan kepada isu hak asasi manusia yang menjadi komponen penting dalam Perlembagaan Persekutuan, diberi perhatian sewajarnya dalam kalangan Ahli Parlimen dan rakyat.

Timbalan Speaker, Nga Kor Ming mengumumkan keputusan itu selepas usul berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali ketiga Vui Keong.

 

 

Usul itu adalah bagi membuka laluan kepada isu hak asasi manusia yang menjadi komponen penting dalam Perlembagaan Persekutuan, diberi perhatian sewajarnya dalam kalangan Ahli Parlimen dan rakyat.

Sementara itu, Vui Keong berkata, kerajaan masih menunggu laporan lengkap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pemerdagangan manusia sebelum dibentangkan kepada pihak berkaitan.

Hingga kini kerajaan belum menerima sebarang laporan berkaitan isu itu yang dianggap serius dan memerlukan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dalam memerangi jenayah itu.

“Kerajaan masih menunggu laporan lengkap RCI, …dan saya jangkakan dalam masa terdekat apabila laporan diberikan, saya akan dedahkan,” katanya.

Laporan Kewangan dan Penyata Kewangan SUHAKAM 2018 (Kertas Statut ST.31 Tahun 2019) dibentangkan di Dewan Rakyat pada 11 April lalu.

RCI ditubuhkan Januari lalu setelah mendapat perkenan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 29 Januari untuk melantik ahli RCI.

Mengulas lanjut, Vui Keong berkata, kerajaan mengambil maklum semua pandangan termasuk isu berbangkit yang diutarakan ahli Parlimen sepanjang sesi perbahasan dan akan memastikan gerak kerja SUHAKAM dilaksanakan secara menyeluruh.

Justeru itu, Vui Keong memberi jaminan bahawa hal ehwal kebajikan petugas SUHAKAM termasuk elaun akan dikaji dan diteliti sepenuhnya sebagai tanda sokongan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap kejayaan misi SUHAKAM.

Dalam usaha mengiktiraf aspirasi serta komitmen kerajaan dalam melindungi dan menghormati hak asasi manusia, Vui Keong berkata, kerajaan akan memastikan Suhakam kekal sebagai badan bebas yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597) bagi menjalankan tanggungjawab memproses, menyemak dan menimbang isu berkaitan hak asasi manusia tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *