home Semasa Lagi serangan udara Israel gegarkan bumi Gaza

Lagi serangan udara Israel gegarkan bumi Gaza

 

GAZA – Pesawat tempur milik negara tidak diiktiraf Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza awal pagi ini, yang didakwa sebagai tindak balas terhadap tiga roket yang dilepaskan dari kawasan Palestin.

Sekurang-kurangnya tiga pusingan serangan udara dilaporkan berlaku di utara Gaza, dan Angkatan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan menyerang beberapa sasaran Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Serangan itu dilaporkan turut menyasarkan kawasan sayap bersenjata Hamas, Brigade Al-Qassam berhampiran Jabaliya dan bandar Gaza.

Dua orang dilaporkan cedera dalam serangan tidak berperikemanusiaan itu.

Serangan berlaku beberapa jam selepas sistem pertahanan Iron Dome memintas tiga roket yang didakwa dilepaskan dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel.

Bagaimanapun, tiada pihak dari Palestin mengaku bertanggungjawab terhadap serangan roket berkenaan, namun pengganas Israel menuduh Hamas terbabit dalam insiden itu.

Difahamkan tiada sebarang laporan kecederaan atau kerosakan yang berlaku di Israel akibat daripada serangan roket itu.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

⚡️ Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353

Maklumkan transaksi anda di talian berikut:
wasap.my/60129721219

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#PrayForGaza

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *