home Semasa Mus’ab Umair: Lelaki yang menyebabkan Rasulullah menangis

Mus’ab Umair: Lelaki yang menyebabkan Rasulullah menangis

 

1. AL-IMAM al-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadith tentang bagaimana Rasulullah pernah menangis ketika melihat penampilan Mus’ab di Madinah yang meninggalkan kemewahan hidupnya semata-mata kerana memperjuangkan Islam. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Ali yang menyebutkan:

إِنَّا لَجُلُوسٌ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي المَسْجِدِ إِذْ طَلَعَ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ مَا عَلَيْهِ إِلَّا بُرْدَةٌ لَهُ مَرْقُوعَةٌ بِفَرْوٍ، فَلَمَّا رَآهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَكَى لِلَّذِي كَانَ فِيهِ مِنَ النِّعْمَةِ وَالَّذِي هُوَ اليَوْمَ فِيهِ

“Ketika kami sedang duduk di Masjid, lalu datang Mus’ab ibn Umayr dengan pakaian yang bertampal. Apabila Rasulullah melihat Mus’ab, Baginda menangis kerana mengenangkan kehidupan mewah yang pernah dinikmati oleh Mus’ab.” (HR al-Tirmizi).

2. Ketika suasana sengit dalam Perang Uhud, Mus’ab jualah antara pejuang yang mempertahankan Rasulullah. Beliau memegang panji Islam dengan tangan kanannya. Musuh datang lalu menebas tangan Mus’ab sehingga putus.

3. Ketika lalu dihadapan jenazah Mus’ab yang syahid di medan Uhud, Rasululullah sangat sebak. Baginda terkenangkan perjuangan Mus’ab yang menjadikan dirinya semuanya untuk Islam. Baginda lalu membacakan ayat:

مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ ۖ فَمِنْهُم مَّن قَضَىٰ نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun.

 

 

4. Mus’ab adalah contoh sahabat yang mempunyai halatuju yang jelas. Seluruh usianya digunakan untuk memperjuangkan Islam. Kehidupan beliau seharusnya menjadi inspirasi buat kita semua. Kematian beliau menunjukkan betapa pentingnya keikhlasan amalan semasa hidup membimbing kesudahan yang baik.

5. Persoalan ini perlu dibisikkan dalam hati sanubari setiap Muslim sebagai muhasabah buat diri kita. Apakah yang ingin dicapai dalam hidup ini? Apakah kenyang kita dengan nikmat dunia? Bagaimana kesudahan hidup yang kita inginkan?

Semoga Allah mengurniakan kita matlamat hidup yang jelas. Semoga Allah mengurniakan kita impian memartabatkan Islam dibumi ini. Semoga Allah menganugerahkan kita kesudahan yang mulia.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penasihat Syariah Indahnya Islam

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *