home Semasa Penghapusan Etnik Uighur: Gerakan Aktivis Mula Boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 China

Penghapusan Etnik Uighur: Gerakan Aktivis Mula Boikot Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 China

 

KEKEJAMAN China terhadap etnik Uighur semakin banyak didedahkan melalui medium portal berita dan media sosial sama ada dalam bentuk gambar, video dan sebagainya.

Terbaharu, bintang Arsenal berketurunan Turki, Mesut Ozil telah melakukan tindakan berani dengan menyelar China mengenai kekejaman mereka terhadap Uighur. Malah Ozil turut mengkritik negara Islam yang lain kerana gagal bersuara menegakkan keadilan Uighur.

Disebabkan itu, Ozil telah diban oleh stesyen televisyen kerajaan China,CCTV yang membatalkan siaran langsung aksi perlawanan Liga Premier antara Arsenal dan Manchester dengan menggantikannya dengan perlawanan rakaman antara Tottenham dan Wolverhampton.

Malah jersi Ozil turut dibakar peminat Arsenal China sebagai tanda protes mereka terhadap tindakan Ozil yang dianggap sebagai trick kotor bagi menjatuhkan China.

 

 

Walaupun sudah banyak bukti yang ditularkan di media sosial, kerajaan China tetap menafikan perbuatan mereka malah menyifatkan ianya sebagai khabar angin sahaja.

Susulan dengan itu, sebuah kumpulan aktivis Uighur telah menganjurkan kempen memboikot sukan Olimpik musim sejuk yang akan diadakan di China bermula pada 14 Februari 2022.

Kumpulan ini turut menekankan isu pencerobohan privasi dengan melakukan penangkapan etnik ini menggunakan pengecaman wajah-wajah etnik Uighur ini dengan menggunakan teknologi CCTV yang diletakkan di kawasan jalan raya di China.

Menurut beberapa sumber, kerajaan China melakukan penghapusan etnik Uighur di wilayah Xinjiang adalah kerana beberapa sebab, antaranya:

  1. Xinjiang kaya dengan sumber minyak.
  2. Xinjiang berpotensi menjadi pusat yang menjana ekonomi.
  3. Xinjiang menjadi lokasi penyebaran agama Islam yang boleh ‘mengancam’ kedaulatan China. – ODISI

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *