home Semasa Rakyat Turki protes kekejaman China terhadap Uyghur

Rakyat Turki protes kekejaman China terhadap Uyghur

 

ISTANBUL – Ribuan penunjuk perasaan berarak di ibu negara Turki semalam, bagi menyokong etnik Uyghur di China serta bersolidariti dengan pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil selepas kritikannya terhadap dasar China ke atas penindasan minoriti muslim.

Minggu lalu, Ozil memuat naik mesej di media sosial dengan mengangkat etnik Uyghur sebagai pahlawan menentang penindasan serta mengkritik tindakan biadab China dan kebisuan umat Islam seluruh dunia.

Para penunjuk perasaan memegang sepanduk ‘Hentikan kekejaman’ selain melaungkan ‘China pembunuh, keluar dari Turkistan Timur’ dan ‘Turkistan Timur tidak bersendirian.

Turkistan Timur ialah nama bagi wilayah Xinjiang yang digunakan pelarian Uyghur.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia menganggarkan antara 1 juta hingga 2 juta etnik muslim Uyghur ditahan di Xinjiang, dengan alasan kononnya Beijing mahu melaksanakan kempen antipengganas

 

 

Pada masa sama, China telah berulang kali menafikan sebarang tindasan dan penganiayaan terhadap etnik Uyghur selain mendakwa bahawa Ozil terpedaya dengan ‘berita palsu’.

Turki sebelum ini pernah menyuarakan kebimbangannya mengenai keadaan di Xinjiang, termasuk di Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada Febuari lalu, namun masih belum mengulas lanjut mengenai Ozil.

Reuters melaporkan, pada sidang kemuncak di Kuala Lumpur (KL Summit) Khamis lalu, satu soalan daripada hadirin mengenai layanan terhadap Uyghur tidak diendahkan oleh para pemimpin termasuk Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, Presiden Iran, Hassan Rouhani dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah, kelab bola sepak Arsenal tidak mengendahkan komen-komen negatif mengenai Ozil dan mengatakan bahawa ia berpegang prinsip untuk tidak terbabit dalam dunia politik.

Ozil mendapat sokongan daripada bekas pengurusnya, Arsene Wenger, yang mempertahankan hak pemain itu menyuarakan pandangan mengenai kekejama China terhadap etnik Uyghur. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *