home Semasa Ujian agama, moral untuk jadi polis inisiatif baik elak salah laku

Ujian agama, moral untuk jadi polis inisiatif baik elak salah laku

 

BANGI – Menjadi kewajipan pemerintah umat Islam untuk sedaya upaya memastikan akidah, ibadah dan akhlak rakyatnya terjaga dan terkawal. 

Justeru, pelaksanaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula tahun depan, yang menetapkan setiap calon anggota dan pegawainya dikehendaki perlu melepasi ujian agama serta moral terlebih dahulu adalah sangat bertepatan.

Bahkan, Ahli Jawatankuasa Tarbiah gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Omar Kassim berkata, penekanan terhadap perkara ini seharusnya telah lama dilakukan oleh PDRM bagi mengelakkan salah laku di kalangan anggota. 

“Membuat undang-undang ataupun peraturan yang dapat mengekang maksiat daripada dipromosi kepada masyarakat sangat disambut baik. 

“Paling penting, ia bukan perkara yang mengekang hak asasi manusia, kerana hak Allah dan hak masyarakat untuk hidup selesa mengikut peraturan Allah adalah lebih diutamakan daripada meraikan kehendak individu yang terang-terangan melanggar perintah Allah,” katanya kepada Ismaweb.net.

Bagi seorang muslim, katanya, individu berkenaan akan terhindar daripada terlibat melakukan perkara maksiat dan dosa kerana sifat takwa kepada Allah SWT. 

 

 

“Aspek iman menjadi benteng. Ini kerana kita menginsafi hakikat bahawa setiap manusia tidak ada kualiti iman yang sama, bahkan manusia sangat mudah untuk berubah pendirian, malah ramai yang kalah dengan hawa nafsu. 

“Al-Quran sendiri sentiasa mengingatkan manusia supaya lebih berhati-hati dengan tipu daya syaitan daripada spesis jin dan manusia.

“Bagaimana penyakit perlu disekat daripada terus merebak kepada masyarakat, begitu jugalah wabak-wabak yang boleh merosakkan akidah, akhlak dan syariat wajib dikekang. Jadi kesimpulannya, penghayatan kepada agama adalah benteng kepada dosa dan maksiat,” katanya.

Tahun hadapan, PDRM unjurkan pengambilan seramai 6,000 anggota dan kira-kira 500 pegawai untuk mengisi perkhidmatan.

Selain ujian psikometrik dan sikap, setiap calon perlu menjalani dan melepasi ujian agama, bagi yang Muslim serta ujian moral bagi bukan Muslim secara dalam talian, dan juga ketika sesi temuduga sebelum diterima untuk latihan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *