home Semasa Zionis kembali guna pakai dasar `penghapusan’

Zionis kembali guna pakai dasar `penghapusan’

 

BAITULMAQDIS – Negara tidak diiktiraf Israel akan kembali mengguna pakai dasar lama mereka iaitu ‘dasar menghapuskan’ penentang Palestin yang berada di Semenanjung Gaza, kata Menteri Luar Israel, Yisrael Katz.

Beliau berkata demikian berhubung tindakan pencerobohan yang dilakukan secara berterusan.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di radio tentera Israel, Katz berkata, usaha perisikan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti serangan peluru berpandu yang dilakukan oleh pejuang Palestin dan akan bertindak balas untuk menghapuskan serangan itu.

Difahamkan, kejadian berkenaan dilakukan semasa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sedang mengadakan satu himpunan pilihan raya di wilayah Ashkelon.

“Usaha perisikan sedang dilakukan untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab mengarahkan pelancaran serangan berkenaan dan tentera Israel dalam usaha untuk menghapuskannya,” katanya.

 

 

Pada Rabu lalu, sistem antipeluru besi Israel telah memintas peluru berpandu dipercayai milik Palestin.

Difahamkan, peluru itu di tembak dari Semenanjung Gaza ke arah selatan negara tidak diiktiraf berkenaan.

Menurut media Israel, ketika kejadian pasukan keselamatan memindahkan Netanyahu ke kawasan perlindungan.

Sementara itu, pasukan keselamatan telah bertindak balas dengan mengebom beberapa tapak di Semenanjung Gaza, namun sehingga kini tiada sebarang kecederaan dilaporkan.- Ismaweb

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *