home Semasa Aman Palestin agih RM400,000 untuk pelarian Palestin, Syria yang kesejukan di Lubnan

Aman Palestin agih RM400,000 untuk pelarian Palestin, Syria yang kesejukan di Lubnan

 

KUALA LUMPUR: Seramai 10 sukarelawan Aman Palestin tiba di Lembah Beeqa, Lubnan semalam, bagi menjayakan misi bantuan musim sejuk selama 14 hari di kawasan terbabit yang ketika ini diselubungi salji tebal.

Sepanjang tempoh itu, rombongan sukarelawan diketuai Pengarah Media Aman Palestin, Anas Abdul Wahab, itu akan mengagihkan bantuan sambil menjalankan khidmat masyarakat dalam kawasan kem didiami pelarian Palestin dan Syria sekitar pergunungan Arsal dan Lembah Beeqa.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Awang Sufian Awang Piut, berkata pada misi selama 14 hari bermula 12 hingga 26 Januari kali ini, pihaknya menghantar bantuan sumbangan rakyat Malaysia bernilai lebih RM400,000.

 

 

“Kita bersyukur, pasukan sukarelawan Aman Palestin selamat sampai di kawasan sasaran misi musim sejuk kali kedua diadakan selepas kejayaan program pertama pada awal tahun lalu.

“Sumbangan yang akan diagihkan dalam misi kali ini berupa kelengkapan musim sejuk seperti pek makanan, pemanas dan kerosin, bantuan kecemasan dan wang tunai.

“Kita anggarkan bantuan kali ini mampu memberi manfaat kepada hampir 2,700 keluarga pelarian yang dihimpit pelbagai kesukaran sepanjang tempoh musim sejuk melampau yang sedang melanda penempatan mereka,” katanya kepada BH

 

 

.

Awang Sufian berkata, sepanjang tempoh misi berlangsung, semua peserta misi berdepan cabaran tersendiri kerana akan tinggal bersama pelarian dalam kem serba kekurangan yang diselubungi cuaca sejuk dan bersalji bagi memastikan setiap bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Katanya, selain itu, setiap hari peserta terbabit akan turut melaksanakan program solat berjemaah dan membaca al-Quran bersama anak-anak pelarian.

“Kami berharap seluruh rakyat Malaysia yang prihatin terhadap pelbagai kesulitan yang sedang dihadapi saudara seagama kita di Palestin dan Syria mendoakan semoga misi kali ini berjalan lancar dan mencapai matlamat,” katanya. – Berita Harian

⚡️Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Tulis rujukan: Bantuan Syria

📩 Hantar resit transaksi anda ke:
wasap.my/60193357019 (Ustaz Nu’man)

#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#BantuanUntukSyria

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *