home Semasa Angka kematian coronavirus meningkat kepada 170 orang

Angka kematian coronavirus meningkat kepada 170 orang

 

BEIJING – Jumlah kematian di China akibat wabak coronavirus kini meningkat kepada 170 orang, lapor media negara.

Hubei mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu seramai 37 orang.

Sementara itu, sejumlah 7,711 orang di China kini disahkan mempunyai jangkitan, dengan 1,032 kes baharu berlaku di Hubei, dan pesakit pertama di Tibet turut disahkan mempunyai jangkitan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam memberi amaran kepada semua kerajaan untuk ‘mengambil tindakan’ terhadap virus yang kini merebak seperti Sindrom Penafasan Yang Teruk (SARS) yang berasal dari ibu kota Hubei, Wuhan kerana beratus-ratus warga asing telah pun keluar dari bandar itu.

 

 

Di luar China, berpuluh negara telah melaporkan penyakit itu, dengan kes terbaharu dilaporkan berlaku semalam di Finland dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

WHO akan mengadakan mesyuarat tergempar hari ini, untuk membincangkan sama ada wabak itu harus diisytiharkan sebagai kecemasan kesihatan global – suatu penetapan yang boleh membawa kepada peningkatan koordinasi antarabangsa.

Agensi itu mengakui penyakit pernafasan berada dalam keadaan kecemasan di China, tetapi pada minggu lalu berkata, ia terlalu awal untuk mengumumkan wabak itu sebagai kecemasan kesihatan awam peringkat global. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *