home Semasa Mahkamah tangguhkan fatwa sesat terhadap Sister in Islam

Mahkamah tangguhkan fatwa sesat terhadap Sister in Islam

 

1. MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia). Ini bagi menunggu keputusan Mahkamah Rayuan setelah Sister mengemukan rayuan mereka. (Astro Awani)

2. Kita semua telah ketahui bahawa pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah menolak permohonan SIS untuk mencabar keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor dan MAIS yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

3. Sekiranya Tuan-Puan lupa tentang penyelewengan pemikiran yang dibawa oleh mereka, kami senaraikan beberapa isu yang pernah menjadi persoalan berhubung pendirian mereka. Antaranya:

(a) Sisters menggesa amalan bersunat diharamkan (26 Januari 2019)

Baca: https://www.ismaweb.net/2019/01/26/sisters-in-islam-gesa-amalan-bersunat-diharamkan/

(b) Sisters mendakwa Saidatina Fatimah tidak disunatkan oleh Baginda Nabi

Baca: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=986561608347632&id=630358917301238

(c) Sisters menyatakan al-Quran tidak pernah mewajibkan pemakaian tudung dan ia hanya pilihan peribadi seseorang. (22 June 2015)

Baca: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2015/06/22/quran-doesnt-specify-womens-hair-as-aurat-muslim-ngo-insists-as-conservativ/919835

(d) Sisters menolak hukum Hudud (14 Oct 2015)

Tonton: https://www.youtube.com/watch?v=C07uS-0gyu8

Baca: Sisters in Islam tegas bantah hudud, dakwa tidak adil kepada wanita (5 Oct 2011)

http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.915.121

 

 

(e) Sisters memperlekehkan Fatwa (4 Ogos 2018)

Baca: https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/sharing-the-nation/2013/08/04/the-essence-of-fatwa

(f) Sisters in Islam menyokong perhimpunan LGBT  (14 Mac 2019)

Baca: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/541058/himpunan-lgbt-3-dipanggil-beri-keterangan-isnin

(g) Sisters mempertahankan peserta Ratu cantik dan menyifatkan Fatwa sebagai tidak demokratik (23 July 2013)

Baca: http://www.sistersinislam.org.my/news.php?item.1188.10

4. Bahkan jika diperhatikan, banyak lagi kekeliruan malah penyelewengan yang dipaparkan di dalam kenyataan mereka. Maka amatlah wajar Jawatankuasa Fatwa Selangor mewartakan kumpulan yang mendokong pemikiran Liberal ini sebagai sesat dan menyeleweng.

5. Atas prinsip Amar Makruf dan Nahi Munkar, adalah menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memberikan penerangan terhadap penyelewengan serta kekeliruan yang ditimbulkan oleh pemikiran Liberal terhadap Islam. Penafsiran baharu yang dibawa oleh kumpulan hanya menjadikan masyarakat keliru tentang ajaran Islam.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Universiti Sains Islam Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *