home Semasa Rakyat bangga Tunku Azizah guna tulisan jawi di Twitter

Rakyat bangga Tunku Azizah guna tulisan jawi di Twitter

 

BANGI  – Mengagumkan. Tulisan jawi menjadi pilihan buat Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk setiap ciapannya di laman Twitter.

Baginda memulakan langkah itu sejak 27 Disember lalu bagi mempertahankan langkah kerajaan memperkenalkan tulisan berkenaan sebagai sebahagian silibus dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah vernakular.

Dalam ciapannya pada tarikh itu, baginda bertitah, “Mulai hari ini saya akan menulis jawi dalam Twitter memperkasakan tulisan jawi warisan kita.”

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut menyokong titah Tunku Azizah.

“Alhamdulillah tuanku, patik sokong agar dapat memartabatkan jawi semula,” katanya.

Tunku Azizah membalas ciapan berkenaan: “Tulisan jawi sudah menggegarkan negara, itulah kebesaran ALLAH SWT, Alhamdulillah.

 

 

Pengguna laman sosial juga rata-ratanya memuji dan berbangga dengan tindakan Permaisuri yang menggunakan tulisan jawi dan berharap menjadi ikutan kepada yang lain.

“Mari kita sama-sama ikut langkah Tunku Azizah memperkasakan tulisan jawi warisan negara. Jika Baginda boleh kenapa tidak kita,” tulis Khairul Bariah.

“Inilah peluang kita untuk buktikan pada Cina dan India. Kita juga ada tulisan kebangaan. Tulisan jawi. Jika mereka nak faham mereka kenalah belajar. Ini tidak, mentah-mentah tolak. Takut sangat jawi,” kata Muhammad Eshal.

Kabinet pada 14 Ogos lalu memutuskan untuk mengekalkan keputusan pengenalan tulisan jawi kepada murid tahun 4 sekolah vernakular mulai tahun ini. Bagaimanapun keputusan itu mendapat bantahan pertubuhan radikal Cina, Dong Zong dan Dong Jiao Zong.

Semalam, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching dilaporkan berkata, pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular hanya boleh dilaksanakan dengan majoriti mudah 51 peratus ibu bapa dan PIBG. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *