home Semasa Sudah tiba masa lestari jawi di media sosial

Sudah tiba masa lestari jawi di media sosial

 

BANGI – Sudah sampai masanya kempen menulis dan membaca tulisan jawi dilestarikan di media sosial, kata Ketua Eksekutif Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), Mohd Zai Mustafa.

Mengakui bangga dengan usaha Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menggunakan tulisan jawi di laman sosial Twitter, beliau berkata, ia memperlihatkan usaha ulung baginda bagi pemuliharaan warisan bangsa Melayu yang hebat.

Justeru, katnya, semua pihak termasuk pemimpin kerajaan, politik dan masyarakat semua bangsa diseru agar bersama-sama menyokong jawi sebagai medium mesra rakyat Malaysia yang unik dan dihormati.

 

 

“Usaha Tunku Azizah ini memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi yang terpelihara kukuh dalam Perlembagaan Persekutuan yang dilindungi oleh Yang Mulia Majlis Raja-Raja Melayu.

“Sudah sampai masanya tulisan jawi dilestarikan di media sosial sebagai satu trend masyarakat Malaysia yang mempunyai aspirasi nasional rakyat pelbagai kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tunku Azizah mula menggunakan tulisan jawi di laman Twitter pada akhir Disember lalu, bagi mempertahankan langkah kerajaan memperkenalkan tulisan itu sebagai sebahagian subjek Bahasa Melayu di sekolah vernakular.

Baginda turut mengajak orang ramai khususnya melayu beragama Islam untuk sama-sama memartabatkan tulisan jawi.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *