home Semasa Tolak jawi kerana takut masuk Islam alasan dangkal

Tolak jawi kerana takut masuk Islam alasan dangkal

 

KUALA LUMPUR – Alasan enggan belajar jawi kerana bimbang masuk Islam merupakan alasan ‘tolol’ dan kurang cerdik, kata Timbalan Pengerusi Gerakan Pembelan Ummah (Ummah), Mohd Zai Mustafa.

Berucap di hadapan ratusan peserta Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong di Dataran Sogo hari ini, beliau mendakwa, sudah ramai usahawan Cina menjual produk menggunakan tulisan jawi.

“Saya nak tanya berapa banyak jutawan Cina yang menjual produk mereka menggunakan tulisan jawi dan menjadi jutawan, kaya-raya dalam negara ini.

“Ada kita benci mereka? Tidak. Kita bantu mereka jadi kaya, tak boikot mereka tapi tindakan persatuan yang rasis ini membantah jawi, sikit sahaja ada dalam subjek, mereka tentang.

“Inilah sebenarnya agenda halus komunis yang masuk dalam Dong Zong (Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia),” katanya.

 

 

Turut hadir ialah Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Ketua Penerangan Pemuda Pas, Khairul Nazir Helmi.

Beliau turut memberi amaran sekiranya bantahan kepada jawi diteruskan, mereka akan menggerakkan gelombang orang Melayu untuk mempertahankan jawi.

“Adakah ini mereka mahu? Kalau orang Melayu bangkit, apa jadi pada kedudukan orang bukan Melayu.

“Akan berlaku huru-hara, adakah ini yang mereka mahu sebab itu kita beritahu jangan usik bahasa Melayu, jawi kerana ini adalah hak dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

One thought on “Tolak jawi kerana takut masuk Islam alasan dangkal

  1. Terbaik mudah mudahan Allah membantu kita. Jangan kita beralah dengan bangsa Dong Ziong ini Bangsa yg tak mengenang budi, pengkhianat negara yg sepatut dihantar ke negeri asal usul mereka buang mereka dari bumi tanah melayu ini kalau hanya niat mereka untuk merosakkan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *