home Semasa Coronavirus: Pilih makanan halal hindarkan pelbagai penyakit

Coronavirus: Pilih makanan halal hindarkan pelbagai penyakit

 

BANGI – Penularan wabak coronavirus di seluruh dunia ketika ini patut menjadi pengajaran, supaya setiap daripada kita memilih dan mengamalkan makanan yang halal dan baik. 

Pensyarah Kanan, Pusat Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Tuan Sidek Tuan Muda berkata, Allah SWT telah menurunkan pelbagai perintah dan larangan untuk menjaga maslahah, antaranya tuntutan memilih makanan yang menepati konsep halal atau ‘halalan toyyiban’.

Antara hikmah memakan makanan yang halalan toyyiban ialah boleh memberikan ketenteraman kepada jiwa kerana sesuai dengan fitrah manusia, katanya.

“Makanan yang haram dan syubhah pada kebiasaannya menjadikan jiwa tidak tenteram, resah dan gelisah kerana bertentangan dengan fitrah. 

“Seterusnya, individu yang mengutamakan pengambilan makanan halalan toyyiban berupaya mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah dan amal soleh yang dikerjakan pula diterima dan doa yang dipanjatkan dimakbulkan.

“Selain itu, makanan halalan toyyiban turut berperanan menyelamatkan seseorang daripada seksaan api neraka. Ia bertepatan sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Tidak tumbuh daging daripada yang haram, melainkan api neraka lebih utama baginya”. (Riwayat al-Termidhi),” katanya dalam rencana yang disiarkan di BH Online, hari ini.

 

 

Pada masa sama, beliau menegaskan, pengambilan makanan halalan toyyiban dapat membentuk darah daging yang baik dan dapat membantu melahirkan insan yang mempunyai sahsiah yang terpuji.

“Akhir sekali, makanan berstatus halal dapat membantu menghindarkan daripada pelbagai penyakit.

“Secara asasnya, makanan yang halal dan baik berperanan secara langsung dan tidak langsung dalam menjaga ‘daruriyyat al-khams’ atau lima perkara yang asasi iaitu agama, nyawa, keturunan, akal dan harta,” katanya.

Ketika ini, angka kematian akibat wabak coronavirus di China meningkat kepada 560, selepas pihak berkuasa wilayah itu melaporkan 73 lagi maut setakat awal pagi tadi.

Suruhanjaya kesihatan di Hubei mengesahkan 2,987 kes baharu, dengan jumlah kes di wilayah itu kini mencecah 19,665.

Coronavirus – didakwa berpunca daripada ular dan kelawar – boleh menyebabkan radang paru-paru serta jangkitan pernafasan. Ia merebak di antara manusia melalui batuk atau bersin. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *