home Semasa Kenapa status Islam pada Mykad wajar dipertahankan?

Kenapa status Islam pada Mykad wajar dipertahankan?

 

PADA 21 Januari yang lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat kenyataan bahawa butiran ‘Islam’ pada kad pengenalan tidak akan dimansuhkan. Keputusan ini dibuat dengan mengira keselarasan dengan Peraturan 4(cc) dan Jadual Pertama, Peraturan 5(2), serta Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990. Bagi agama selain Islam, maklumat mereka akan kekal direkodkan dalam cip kad pengenalan tanpa dipaparkan.

Kenapa isu ini dibangkitkan sebelum ini?
Perkara ini sebenarnya pernah je dibangkitkan lagi-lagi selepas PRU 14.  Jom kita throwback kejap.

1) 20 Mei 2018Cadangan Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Miri, Dr Michael Teo Yu Keng mahu mengusulkan pemansuhan agama daripada kad pengenalan. Mengikut laporan, perbuatan beliau juga disifatkan sebagai kurang ajar dan sengaja mencetuskan ancaman kepada agama Islam. Agenda ini juga merupakan kesinambungan tuntutan Gerakan Pluralisme Agama (IFC) bertahun-tahun sebelumnya lagi.

2) 29 April 2019:  Senator Nga Hock Cheh menimbulkan polemik ini dalam sidang Dewan Negara, bahkan dilaporkan beliau mengatakan bahawa sebab yang menghalang perpaduan dalam negara berlaku adalah kerana setiap individu diberikan identiti mengikut kaum, dan bukan identiti nasional.

Usaha memadam status Islam dalam IC seorang Muslim, adakah terdapat agenda-agenda tersembunyi?
1) Dikatakan menggugat identiti nasional jika terus kekal?
Hujah ini tidak berasas. Seperti kata Dr Muhammad Fathi Yusof, identiti nasional tidak pernah tergugat dengan adanya maklumat agama pada kad pengenalan. Kalau nak ukur kita ni beridentiti nasional ataupun tak, mungkin kena lantang sikit dengan agenda mengubah polisi negara ke arah yang beridentiti perkauman sendiri sahaja seperti UEC, vernakular dan bantahan terhadap Jawi.

2) Ingin menyokong ke arah kesamarataan dan memadamkan asas-asas kenegaraan?
Berjaga-jagalah, langkah bersetuju untuk memadam status agama di kad pengenalan seorang Muslim boleh jadi langkah yang seiring dalam membawa elemen kesamarataan semua rakyat di mana hak-hak istimewa sesuatu kaum, yakni Melayu yang sinonim dengan Islam khususnya seperti dijamin di dalam Perlembagaan sedang dicabar.

 

 

 

Berikut sebab status Islam wajar dipertahankan dalam kad pengenalan setiap Muslim:-
1) Antara ulasan Dr. Muhammad Fathi Yusof mengenai isu ini, status tersebut wajar dipertahankan kerana ia menjadi elemen penting yang membantu penguatkuasaan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang syariah lain yang berkuat kuasa kepada umat Islam. Apakah itu perkara 11 (4)? Ia adalah mengenai sekatan untuk menyebarkan dakyah atau ajaran selain agama Islam kepada orang-orang Islam itu sendiri.

2) Ustaz Hazizi pula berkata elemen status agama itu penting untuk menutup apa-apa jalan yang boleh membawa kepada keburukan kepada individu Muslim itu iaitu seperti berleluasanya maksiat dan kekufuran, tanpa sebarang tindakan undang-undang yang boleh diambil untuk mencegahnya.

Contohnya, seseorang itu boleh mendakwa bahawa dia bukan muslim apabila ditangkap berkhalwat atau minum arak di khalayak, jika tiada bukti pada kad pengenalan yang menunjukkan dia seorang muslim. Kesan seterusnya ialah sebahagian besar undang-undang syariah seperti pendaftaran perkahwinan, cubaan untuk murtad atau menukar agama, kesalahan makan di tempat awam dalam bulan Ramadhan dan pelbagai lagi yang boleh jadi tidak dapat dikuatkuasakan dan akan menjadi lumpuh.

3) Usaha untuk mempertahan status agama dalam kad pengenalan tersebut juga manifestasi daripada kesepakatan yang telah diikat yakni Perkara 153 yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu dan Perkara 3 yang mencatatkan Islam sebagai agama Persekutuan. Jadi ia sekadar membantu mengesahkan dan melaksanakan apa yang sudah sedia ada dalam Perlembagaan.

4) Ringkasnya, status agama wajar dipertahankan dalam myKad tersebut untuk mengelakkan kesilapan atau tindakan salah terhadap bukan Islam, mengelakkan juga umat Islam daripada menyalahgunakan status bukan Islam atau agama yang tidak pasti demi melarikan diri dari penguatkuasaan dan kebertanggungjawaban atas tindakan mereka serta untuk memelihara kesucian Islam itu sendiri.

Justeru itu, kita mengharapkan kerajaan terus mengekalkan keputusan untuk tidak menghapus status Islam dalam MyKad dan tidak tunduk kepada tuntutan untuk menghapuskannya yang kita khuatiri boleh membawa mudarat yang lebih besar lagi terutamanya kepada individu Muslim dan pelaksanaan undang-undang Islam di tanah air. – Gerakan Pengundi Sedar

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *