home Semasa Tolak LGBT! Mereka beri tekanan kepada golongan majoriti

Tolak LGBT! Mereka beri tekanan kepada golongan majoriti

 

BANGI– Masalah ‘songsang’ kumpulan minoriti Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LBGT) telah menyakitkan hak golongan majoriti, kata Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Presiden Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) itu berkata, golongan transgender menuntut supaya mereka dianggap sebagai wanita tulen, selain ingin menyertai acara-acara khusus untuk wanita.

Beliau berkata, perkara berkenaan secara tidak langsung mengakibatkan wanita-wanita tulen rasa dipinggirkan.

“Sebab fakta Sains terus kekal, walaupun lelaki transgender mengambil hormon selama bertahun-tahun yang mungkin boleh membesarkan buah dada dan melakukan pembedahan untuk ubah bentuk badan dan segalanya, tetapi jisim otot dan densiti tulang mereka memang akan kekal sebagai lelaki.

“Ada satu kes ‘cyclist’ lelaki memasuki acara berbasikal dan dia menang acara wanita. Begitu juga ada satu acara tinju, peninju lelaki transgender berkenaan telah memecahkan rekod tiga kali kemenangan tinju dalam satu malam melalui kategori wanita,” katanya dalam temubual Cakap Serupa Bikin TV Pertiwi malam ini.

Mengulas lanjut, Dr Rafidah berkata, golongan wanita terpaksa memperjuangkan hak mereka yang telah diambil oleh golongan transgender.

 

 

Katanya, sekiranya isu berkenaan dibahaskan bersama orang bukan Islam, mereka juga akan sedar bahawa isu LGBT tidak berasaskan sesuatu yang saintifik dan tiada nilai masyarakat yang dapat menjaga lelaki dan wanita.

“Apabila lelaki transgender berjumpa wanita, mereka akan kembali memangsakan wanita,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, pihak yang mempertikaikan pencerobohan dalam ruang wanita akan terus diabelkan sebagai transfobic.

Terdapat kes di luar negara, seorang pekerja diberhentikan hanya kerana memberikan pendapat bahawa wanita transgender dan wanita tulen adalah tidak sama.

“Malah, penulis terkenal J.K Rowling yang membantah pembabitan transgender dalam sukan wanita pun dapat tempias.

“Jadi, kenapa di Malaysia kita tak ambil iktibar? Kita dah nampak suasana negara yang sangat menyokong dan menerima golongan LGBT, dan sekarang mereka terpaksa berhadapan dengan akta-akta baharu untuk mempertahankan hak-hak wanita,” katanya.- Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *