home Semasa Cecair pembasmi kuman Bidara Ruqyah tiada kelulusan KKM

Cecair pembasmi kuman Bidara Ruqyah tiada kelulusan KKM

 

KUALA LUMPUR — Orang ramai dinasihati supaya tidak membeli dan menggunakan produk cecair pembasmi kuman ‘Hand Sanitizer Bidara Ruqyah Al-Amin Al-Baghdadi’ yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM dalam kenyataan di Facebook, memaklumkan bahawa semua produk cecair pembasmi kuman perlu dirujuk dengan kementerian dahulu, sebelum dipasarkan di Malaysia untuk memastikan ia berkualiti dan selamat digunakan.

“Penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

 

 

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, iklan produk dengan tuntutan perubatan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat merupakan satu pelanggaran di bawah Seksyen 4B, Akta Ubat (Iklan & Penjualan 1956) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Oleh itu, KKM menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna bijak dan berhati-hati semasa membeli produk cecair pembasmi kuman di pasaran. – BERNAMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *