home Semasa COVID-19: Doa rakyat Palestin buat Malaysia

COVID-19: Doa rakyat Palestin buat Malaysia

 

KUALA LUMPUR – Warga Palestin mendoakan kesejahteraan buat Malaysia selepas merasai kepedihan apabila melihat negara ini dilanda penularan wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan.

Berita itu dikongsi Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Profesor Dr Zainur Rashid di Facebooknya.

Beliau muat naik satu video yang diperoleh daripada masyarakat Palestin yang mendoakan kesejahteraan buat Malaysia.

“Besarnya jiwa mereka, para wanita dari negara Palestin yang dijajah regim zionis Israel, mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat keseluruhan rakyat Malaysia daripada wabak coronavirus (Covid-19),” tulisnya yang tular di laman sosial.

Video berdurasi 1minit 21 saat ditonton lebih 38,000 tontonan dan 2,800 tanda suka sejak dimuat naik semalam.

https://web.facebook.com/ProfDrZainurRashid/videos/2651780158388102/

Netizen bernama Siti Suraini Tauher menzahirkan rasa terharu di atas doa yang dititipkan buat Malaysia.

“ALLAH, angkatlah doa mereka buat negara Malaysia dan semua negara hilang dari Covid-19 serta penyakit yang bakal memudaratkan kami. Amin,” katanya.

Menurut Samsu Siad, dia berasa kagum dengan ketabahan masyarakat Palestin meskipun dilanda kesusahan, tetapi masih ada ruang untuk doakan negara ini.

“Anda sendiri masih tak cukup namun anda berdoa seperti anda telah cukup segalanya. Inilah kehebatan umat Islam yang sentiasa tak senang jika saudaranya sendiri dalam kesusahan. Semoga Palestine sentiasa di bawah keredaan ALLAH.” katanya. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

 

 

⚡️ Salurkan sumbangan anda untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: https://www.billplz.com/aptemerloh

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
0193357019 (Ustaz Nu’man)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *