home Semasa Kerajaan baharu jangan layan Dong Zong, utamakan NGO Islam

Kerajaan baharu jangan layan Dong Zong, utamakan NGO Islam

 

BANGI – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berharap kerajaan baharu – diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin – tidak meraikan tuntutan pertubuhan rasis, Dong Jiao Zong berkaitan isu pendidikan Cina.

Presiden ISMA, Haji Aminuddin Yahaya berkata, beliau sangat berharap Muhyiddin dapat mengutamakan permintaan NGO Islam untuk berjumpa, kerana dianggap pemegang taruh terbesar kepada agenda Islam dan Melayu, yang juga perjuangan kerajaan baharu itu.

Beliau turut mengingatkan semula Muhyiddin dan bakal Kabinetnya terhadap tindakan rasis serta subversif Dong Zong sebelum ini, termasuklah isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan penentangan kepada tulisan jawi.

“Malah, kolej milik mereka juga merupakan tempat di mana perhimpunan memperingati ketua komunis diadakan. Perdana Menteri sewaktu itu pun ‘pening’ melayan segala karenah pertubuhan ini.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin pasti kenal sangat mereka ini kerana beliau merupakan Menteri Dalam Negeri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, akhbar berbahasa Cina melaporkan Dong Zong mahu mengadakan pertemuan dengan kerajaan baharu – bagi membincangkan isu berkaitan pendidikan Cina – sebaik Kabinet dibentuk.

Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan peluang untuk mengadakan dialog bersama Kerajaan Persekutuan, namun selepas Kabinet selesai dibentuk.

 

 

Dong Zong berjanji akan terus memperjuang beberapa isu berkaitan pendidikan Cina sebagai mana ketika pemerintahan PH sebelum ini, dan turut mahukan kerajaan baharu bertindak adil terhadap mereka.

Mengulas lanjut, Aminuddin turut meminta kerajaan mempertimbangkan petisyen yang telah ditandatangani lebih 300,000 rakyat Malaysia bagi mendesak Dong Zong diharamkan.

“Banyak lagi yang boleh kita sebutkan, tetapi saya rasa kita semua pun sedia maklum akan hakikat pertubuhan mereka ini.

“Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat sahajalah. Apakah kerajaan akan meraikan permintaan pertubuhan rasis Dong Zong ini kononnya demi menjaga hati orang cina dan menyisihkan NGO-NGO Islam? Saya harap tidak,” katanya.

Dong Zong antara pertubuhan yang rancak bergerak ketika PH memerintah, apabila manifesto parti itu terkandung janji untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) – antara perkara yang diperjuangkan sejak dahulu.

Sepanjang 22 bulan PH mentadbir, pelbagai usaha digerakkan Dong Zong antaranya menolak pelaksanaan tulisan jawi di sekolah vernakular dan meminta kerajaan menambah bilangan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *