home Semasa Wanita berperanan bantu kerajaan tangani COVID-19

Wanita berperanan bantu kerajaan tangani COVID-19

 

BANGI – Golongan wanita perlu berperanan dalam memberikan kerjasama terhadap Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan, berkuat kuasa mulai esok hingga 31 Mac ini.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Dr Suriani Sudi berkata, sebagai pengurus rumah tangga, wanita mempunyai peranan yang sangat besar untuk memastikan keadaan negara kekal stabil dan terkawal dalam situasi peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.

Beliau berkata, golongan wanita perlu bertanggungjawab memastikan ahli keluarga mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Kurangkan aktiviti di luar dan jangan sertai himpunan serta elakkan ahli keluarga keluar dari rumah. Perlu juga fahamkan anak-anak mengenai keadaan serta situasi yang berlaku dengan tenang tanpa menimbulkan perasaan cemas.

 

 

“Selain itu, tingkatkan amal ibadah di rumah dan mengajak anak-anak untuk berdoa supaya dijauhi wabak penyakit. Semoga dengan peranan penting yang dimainkan wanita ini, COVID-19 dapat diatasi dalam tempoh yang lebih singkat dan kita dapat kembali kepada kehidupan biasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai esok hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara selama 14 hari mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah Kawalan Pergerakan itu meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Bagi menguatkuasakan larangan, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang-barang keperluan harian. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *