home Dunia Islam, Semasa Arab Saudi lakukan solat terawih, Aidilfitri di rumah

Arab Saudi lakukan solat terawih, Aidilfitri di rumah

 

RIYADH – Solat terawih dan solat sunat Aidilfitri harus dilakukan di rumah sekiranya wabak pandemik COVID-19 berlanjutan, kata Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz al-Sheikh.

Beliau berkata, solat terawih sepanjang Ramadan juga perlu dilakukan di rumah dan tidak boleh dibuat di masjid sebagai langkah pencegahan memerangi penularan wabak itu.

Pertengahan Mac lalu, Arab Saudi tidak membenarkan umat Islam mengerjakan solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid sebagai usaha mengekang COVID-19.

Khamis lalu, masjid di Madinah melarang sebarang aktiviti pemberian juadah berbuka puasa setiap hari pada bulan Ramadan kepada mereka yang memerlukan.

Kerajaan Riyadh melaporkan 6,380 kes COVID-19 dengan 83 kematian direkodkan setakat ini. – Agensi

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *