home Semasa Bantuan RM21 juta untuk tahfiz, sekolah agama, pondok

Bantuan RM21 juta untuk tahfiz, sekolah agama, pondok

BANGI – Bantuan secara one-off berjumlah RM21 juta bakal disalurkan kepada semua pusat tahfiz swasta, pondok, sekolah agama rakyat dan swasta yang berdaftar di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan berkenaan diberikan susulan penularan wabak pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi kesan kepada para guru di Institusi Pendidikan Islam, terutamanya dari sudut pengurusan operasi dan sara diri.

Pada masa sama, Zulkifli berkata, peruntukan berkenaan yang diberi dalam bantuan sara hidup kepada guru-guru dengan kadar RM800 seorang akan memberi manfaat kepada 22,920 guru.

“Bantuan pengurusan operasi ini juga bertujuan membiayai kos pengurusan, utiliti, sewaan dan lain-lain perbelanjaan operasi pada kiraan RM10 per murid, kepada 2,119 buah institusi pendidikan di seluruh negar,a” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, bantuan one-off berkenaan adalah daripada peruntukan RM100 juta yang telah disediakan kepada JAKIM di bawah Bajet 2020, bertujuan membiayai penyelenggaraan dan menaiktaraf institusi tahfiz, pondok dan sekolah agama berdaftar.

“Penghargaan ditujukan kepada YB Senator Tengku Dato Sri Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia atas kelulusan bagi peruntukan berkenaan untuk tujuan tersebut.

“Besarlah harapan saya agar bantuan ini dapat meringankan beban warga Institusi Pendidikan Islam yang terjejas akibat PKP,” katanya. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *