home Semasa Belajarlah erti bersyukur

Belajarlah erti bersyukur

Ada teman berkata, jika kita tahu nama pelajar ini dan dia memohon kerja, resumenya kita campak sahaja ke dalam tong sampah. Ini satu reaksi spontan kepada sikap seseorang yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih.

Lauk ayam tu dik. Siap ada sayurnya lagi dan dihantar ke kediaman kamu.

Umat Islam diajar untuk bersyukur kepada Allah oleh Nabi sendiri. Apabila ditanya oleh Aisyah, mengapa kamu ya Rasul solat malam sebegitu lama hingga kakimu bengkak. Jawab Nabi ringkas sahaja, “Tidakkah aku mahu menjadi hambaNya yang bersyukur”.

Negara kita jauh lebih baik dari tempat lain. Di India, lebih 1 billion hidup dalam ‘locked down’. Mereka yang tiada pendapatan termasuk pelajar, berjalan kaki ratusan KM pulang ke kampung kerana tiada siapa yang akan menghantar makanan ke asrama mereka.

Umat Islam disana kini menjadi sasaran pula kerana dikatakan pembawa virus padahal bukan hanya kluster Tabligh sahaja yang menjadi sebab meningkatnya kes.

Ramadan bakal tiba. Inilah masanya generasi masa depan dididik sewajarnya untuk menjadi hambaNya yang bersyukur dan tahu berterima kasih.

Peranan ini mesti dimainkan oleh para ibu dan bapa, jika kita tidak mahu lagi melihat status jelek pelajar IPT seperti ini terus muncul di masa depan.

Semoga Allah mengurniakan kita dengan taufiq dan hidayah.

Ustaz Haji Omar Kassim
Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *