home Semasa COVID-19: Arab Saudi minta umat Islam tangguh persiapan haji dan umrah

COVID-19: Arab Saudi minta umat Islam tangguh persiapan haji dan umrah

 

RIYADH: Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.

“Arab Saudi bersedia sepenuhnya untuk menerima jemaah haji dan umrah.

“Tetapi keadaan semasa ketika kita bercakap mengenai pandemik global, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam serta rakyat.

“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” kata Menteri Haji dan Umrah, Mohammed Saleh Benten kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.

Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.

Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.

Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini.

Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.

Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai.

Haji ialah sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi.

Setakat ini, kerajaan Arab Saudi melaporkan lebih 1,500 kes COVID-19 dengan 10 kematian.

Secara global, lebih daripada 825,000 orang telah dijangkiti dengan lebih daripada 40,000 kematian yang direkodkan.

 

Epidemik sebelumnya

Wabak penyakit menjadi kebimbangan mengenai haji oleh semua umat Islam yang terutama jemaah yang datang dari seluruh dunia.

Wabak terawal yang tercatat semasa 632 di mana jemaah menentang malaria sementara wabak kolera pada tahun 1,821 membunuh kira-kira 20,000 jemaah haji.

Satu lagi wabak kolera menular pada tahun 1865 dan membunuh 15,000 jemaah haji yang kemudian tersebar di seluruh dunia.

Arab Saudi turut dilanda bencana koronavirus ketika wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) tular.

Kurangnya langkah awal pencegahan menyebabkan virus itu membunuh beberapa ratus orang dan merebak di rantau ini.

Kerajaan Arab Saudi sendiri meningkatkan langkah-langkah kesihatan masyarakat pada 2012 dan 2013, walaupun tidak ada wabak yang dilaporkan. -Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *