home Semasa COVID-19: Palestin hadapi krisis ekonomi ‘belum pernah berlaku’

COVID-19: Palestin hadapi krisis ekonomi ‘belum pernah berlaku’

 

GAZA: Palestin kini bergelut dengan krisis ekonomi yang disifatkan sebagai ‘belum pernah berlaku’ berikutan wabak COVID-19 dan akibat pendudukan rejim Israel.

“Pendudukan dan pengepungan Israel serta langkah pencegahan untuk membendung wabak COVID-19, mencetuskan krisis ekonomi.

“Jika berterusan, boleh mengakibatkan bencana yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Krisis ini besar dan berbahaya kepada pekerja, kilang dan sektor perdagangan, pertanian serta pelancongan,” kata Ketua Jawatankuasa Kebangsaan Gaza, Jamal al-Khudari dalam satu kenyataan, lapor agensi berita Anadolu.

 

 

Beliau berkata, ekonomi merudum teruk, khususnya di wilayah Gaza yang berada bawah pendudukan rejim Israel.

Justeru, Jamal menyeru negara Arab dan pertubuhan antarabangsa supaya membantu menyokong pelbagai sektor di negara ini yang memang sedia terjejas akibat pendudukan rejim Israel.

Sejak 2006, Israel telah mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza yang didiami hampir dua juta penduduk Palestin dengan banyak sektor terjejas, termasuk ekonomi, kesihatan dan pendidikan.

Palestin mencatatkan 290 kes COVID-19 dengan dua kematian, setakat ini. – Bernama

www.indahnyaislam.my

Salurkan bantuan kecemasan dan perubatan untuk Palestin melalui kempen Ramadan Bersama Palestin:

🅰️ PAKEJ RAMADAN BERSAMA PALESTIN
Bernilai RM500 (rujukan: RBP)

Jenis sumbangan yang disalurkan:
1️⃣ Bantuan Kecemasan dan Perubatan
2️⃣ Pek Makanan
3️⃣ Imarah Masjid Al-Aqsa
4️⃣ Sahur dan Iftar

🅱️ TABUNG RAMADAN KAREEM
Sumbangan umum RM10, RM50, RM100 (rujukan: TRK)

⚡️ Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: billplz.com/aptemerloh

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

Sertakan maklumat berikut:
Nama:
Sumbangan: RBP / TRK

Daripada Zaid bin Khalid RA, bersabda Rasulullah SAW:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR al-Tirmizi)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *