home Semasa Covid-19: Teruskan bantu rakyat Palestin

Covid-19: Teruskan bantu rakyat Palestin

 

BANGI – Rakyat Malaysia masih perlu berperanan dalam mengimbangi kesusahan yang dialami penduduk Palestin, apatah lagi ketika dunia kini berdepan pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan negara dijajah pengganas Israel itu.

Pengarah Media dan Korporat Aman Palestin Berhad, Ustaz Anas Abdul Wahab Kasim berkata, meskipun Malaysia juga antara yang terkesan dengan wabak itu, beliau berharap rakyat di negara ini kekal komited membantu Palestin serta perjuangannya untuk bebas daripada cengkaman rejim Israel.

Beliau percaya, bantuan berterusan dari Malaysia sekurang-kurangnya memberikan nafas baharu dan kelegaan kepada Palestin yang berterusan diancam krisis ekonomi, bahkan lebih buruk ketika pandemik ini.

“Ekonomi Palestin terutamanya di Semenanjung Gaza tiada istilah ‘teruk’ atau apa sahaja penanda aras bagi mereka. Bahkan, sentiasa berada dalam keadaan teruk yang berterusan selagi mana Palestin dijajah serta tidak perkembangan yang positif atau lonjakan ekonomi.

“Mereka dijajah udara, darat dan laut. Pergantungan kehidupan mereka 100 peratus adalah bantuan luar, ditambah lagi dengan keadaan COVID-19,” katanya kepada Ismaweb.net.

 

 

Terdahulu, Ketua Jawatankuasa Kebangsaan Gaza, Jamal al-Khudari dilaporkan berkata, pendudukan dan pengepungan Israel serta langkah pencegahan untuk membendung COVID-19 mencetuskan krisis ekonomi.

Katanya, Palestin kini bergelut dengan krisis ekonomi yang disifatkan sebagai ‘belum pernah berlaku’ berikutan wabak berkenaan dan pendudukan rejim pengganas itu.

“Krisis ini besar dan berbahaya kepada pekerja, kilang dan sektor perdagangan, pertanian serta pelancongan,” kata Jamal.

Justeru, Ustaz Anas menggesa seluruh rakyat Malaysia supaya terus berperanan dan meneruskan usaha memberi sumbangan kepada Palestin supaya bantuan ke negara berkenaan tidak terhenti.

“Apa yang menjadikan rakyat Palestin berjaya sehingga sekarang untuk ‘survive’ adakah kerana mereka berjaya hidup ketika seluruh dunia memberi tekanan kepada mereka dengan menafikan hak kemanusiaan, kenegaraan dan keberadaan sebagai salah satu entiti masyarakat dunia.

“Saya yakin, COVID-19 atau apa sahaja tekanan yang mereka terima tidak pernah menjauhkan diri mereka daripada perjuangan sebenar. Namun, sumbangan berterusan daripada kita semua akan membantu dan mempercepatkan lagi kemenangan mereka walaupun kita sendiri sedang memerlukan,” katanya. – Ismaweb

⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: billplz.com/aptemerloh

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *