home Dunia Islam, Semasa COVID-19: Turki hantar alat perubatan ke Palestin

COVID-19: Turki hantar alat perubatan ke Palestin

 

RAMALLAH – Turki pada Jumaat menghantar sumbangan berupa peralatan perubatan ke Palestin untuk membantu negara itu melawan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu.

Bantuan termasuk kit ujian COVID-19, penutup hidung dan mulut, pakaian khas dan peralatan asas lain itu, disampaikan oleh Agensi Penyelarasan dan Kerjasama Turki (TIKA) kepada pegawai kesihatan Palestin dalam satu majlis di bangunan Kementerian Kesihatan di Ramallah.

Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaileh menzahirkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan Turki itu.

Turki mengumumkan pakej bantuan untuk Palestin dalam mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki dalam satu kenyataan.

Pada Rabu, OIC mengadakan mesyuarat luar biasa untuk membincangkan langkah-langkah pencegahan untuk membendung virus itu.

Sejak 2006, rejim Israel mengenakan sekatan di Semenanjung Gaza, yang dihuni hampir dua juta penduduk Palestin, menyebabkan sektor ekonomi, kesihatan dan pendidikan terjejas.

Palestin mencatatkan 480 kes COVID-19 dengan dua kematian setakat ini. – Bernama

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *