home Kalam Tokoh, Semasa Hamka hampir gila ketika dipenjara, tapi ubatinya dengan khatam al-Quran

Hamka hampir gila ketika dipenjara, tapi ubatinya dengan khatam al-Quran

 

Kisah Hamka ketika dipenjara.
.
Dalam tafsir Al Azhar surah Al Insyirah, Hamka ada menulis berkenaan pengalamannya ketika dipenjara 2 tahun 4 bulan oleh pihak pemerintah. Saya rakamkan kata-katanya di sini dengan sedikit modifikasi supaya lebih mudah untuk difahami.

Moga ianya boleh menjadi motivasi buat kita dalam menghadapi hari-hari PKP yang mendatang.

“Kalau saya termenung saja ketika dipenjara itu, mungkin saya akan jadi gila.”

“Tetapi akal terus berjalan, maka ilham Allah pun datang. Cepat-cepat saya baca Al Quran, sehingga pada 5 hari pertama saya ditahan, 3 kali Al Quran dikhatamkan.”

“Lalu saya atur waktu untuk membaca, dan waktu untuk mengarang tafsir Al Quran.”

“Demikianlah hari berjalan terus dengan saya sendiri tidak tahu berapa hari yang telah berlalu dan langsung saya tidak berfikir bilakah nanti saya akan dapat keluar.”

“Akhirnya setelah terjadi kekacauan politik, saya dibebaskan. Ketika ini, saya telah mengkhatamkan lebih 150 kali pembacaan Al Quran dalam masa 2 tahun, dan saya telah berjaya menyudahkan tulisan Tafsir sebanyak 28 juzuk.”

“Setahun selepas dibebaskan, saya naik Haji bersama isteri, dan saya bawa sekali anak kami yang kelima, Irfan. Lebih separuh belanja perjalanan kami bertiga adalah dari royalti Tafsir Azhar juzuk 1.”

Sambung Hamka lagi,

“Bahaya yang mengancam adalah sebab akal berjalan, fikiran mencari jalan keluar. Oleh itu dapat diyakini bahawa kesukaran, kesulitan, kesempitan, marabahaya yang mengancam dan berbagai pengalaman hidup yang pahit, dapat menjadikan manusia bertambah cerdas untuk menghadapi semua itu, yang dengan itu, manusia itu menjadi lebih dinamis.”

“Itulah suatu keajaiban hidup.”
Moga-moga pengalaman dan coretan Pak Hamka yang boleh dirujuk dalam Tafsir Al Azhar surah Al Insyirah ini akan menjadi sedikit penawar buat kita dalam menghadapi hari-hari yang sukar.

Dr. Hisham Sharif
Pensyarah UUM

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *