home Semasa Ketahuilah perubahan itu menuntut pengorbanan

Ketahuilah perubahan itu menuntut pengorbanan

 

JIKA anda serius nak berubah, ketahuilah perubahan itu menuntut pengorbanan.

Mendidik sifat sedekah perlukan pengorbanan jiwa, kerana masakan anda mampu bersedekah sedang jiwa anda masih kikir dan sentiasa tak puas merebut kekayaan.

Mendidik sifat prihatin terhadap masalah orang lain perlukan pengorbanan keinginan diri, kerana masakan anda boleh cakna dengan keinginan dan keperluan orang lain sedangkan dalam fikiran anda hanya ingin memenuhi keinginan peribadi.

Mendidik rasa rindu untuk beramal perlukan pengorbanan hawa nafsu, kerana bagaiaman mungkin anda mampu melaksanakan amal kebaikan sekiranya nafsu anda masih belum puas dengan maksiat dan jahiliyah.

 

 

Mendidik rasa syukur dengan nikmat perlukan pengorbanan “makan dan minum”, kerana masakan anda bersyukur sedangkan perut anda penuh dengan makanan, dan jarang anda berlapar.

Mendidik diri untuk menghayati suasana jihad perlukan pengorbanan keselesaan, kerana masakan Islam boleh menang sedangkan kehidupan seharian anda dipenuhi kelesesaan, yang membuatkan anda malas bekerja . Adakah anda boleh bangkit daripada keselesaan sekiranya tuntutan jihad itu memanggil?

Belajarlah dari sirah, bagaimana generasi awal itu mampu memimpin dunia kerana mereka sudah membiasakan pengorbanan.

Ustaz Engku Omar Amiruddin Engku Ali

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *