home Dunia Islam, Semasa Masjidil Haram, Masjid Nabawi dibuka tak lama lagi

Masjidil Haram, Masjid Nabawi dibuka tak lama lagi

 

RIYADH – Khabar gembira kepada umat Islam apabila dua masjid suci, Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah akan dibuka tidak lama lagi.

Perkara itu diumumkan Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Abdul Rahman As-Sudais menerusi akaun Instagram Haramain.info hari ini.

“Saya bawa berita gembira kepada umat Islam yang keadaan akan kembali normal di dua masjid suci tidak lama lagi.

“Dua masjid suci akan dibuka untuk tawaf dan solat serta ziarah kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

“Atas dasar itu, kami tidak akan tergesa-gesa membuka dua masjid suci kerana semua langkah diambil adalah untuk kebaikan kita,” katanya.

Pada masa sama, Imam Besar Masjidil Haram itu turut meminta umat Islam mendoakan agar situasi pandemik global ini cepat berakhir.

“Sekali lagi, kami menyeru umat Islam berdoa agar pandemik ini selesai, berdoa kepada kebaikan pemimpin (penjaga dua masjid suci) dan menerima apa dilakukan ini adalah yang terbaik. Semoga Allah melindungi mereka,” katanya.

Sebelum ini, Arab Saudi menggantung solat tarawih di kedua-dua masjid suci di Makkah dan Madinah ini bagi mengekang penularan wabak COVID-19. – ismaweb

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *