home Tarbiah Muslim hidupnya mesti beragenda

Muslim hidupnya mesti beragenda

 

Muslim hidupnya mesti beragenda. Punyai matlamat hidup tepat dan jelas

Ibarat bermain bola, dia mesti menjaringkan bola ke dalam pintu gol pihak lawan

Bak memandu kereta, dia mesti jelas destinasi yang ditujui

Visi hidupnya adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT (51:56). Ini mendefinisikan ‘Kenapa aku hidup?’

Misinya pula disusun rapi bagi mencapai visi. Ini mendefinisikan ‘Bagaimana untuk aku mencapai visi?’

Kemudian bagi setiap misi dipecahkan kepada objektif-objektif yang lebih khusus

Objektif menjawab persoalan ‘Apa perlu aku lakukan?’

Objektif kehidupan mesti memenuhi elemen SMART iaitu Specific (Khusus), Measurable (Boleh Diukur), Achievable (Mampu Dicapai), Relevant (Relevan) dan Time Bound (Bertempoh Masa)

Objektif hidup seorang muslim juga mesti boleh dibayangkan (Visualization)

Ia diulang-ulang dengan penuh emosi dalam doa, zikir, munajat dan esak tangis di hadapan Rabbnya (Repetition)

Objektif ini juga hendaklah ditulis, dilihat dan disemak selalu

Maklumkan kepada ahli keluarga dan rakan taulan terdekat supaya mereka boleh mengingatkan (103:3)

Setiap objektif SMART seterusnya mesti dicerakinkan lagi kepada Strategi

Strategi kemudiannya membentuk aktiviti yang menjadi rutin harian/mingguan/bulanan serta dipantau perjalanannya

Teknik mencerakinkan visi besar kepada aktiviti-aktiviti kecil ini disebut VMOSA (Vision, Mission, Objective, Strategy and Activity)

Aplikasinya amat luas

Dalam kehidupan peribadi, keluarga, kelab dan persatuan, syarikat serta negara

Muslim yang tidak melakukan semua ini akan sesat dalam kehidupan

Ibarat pemain yang menjaringkan bola ke dalam gol sendiri

Bak pemandu yang seronok memandu tanpa destinasi

Mereka pasti akan kalah, dicemuh rakan, keletihan, kehabisan minyak di tengah jalan bahkan mungkin mati dilupakan

VMOSA dan SMART adalah formula kejayaan seorang muslim

Ia ditunjuk Nabi dan dirakam dalam kitab suci

Persoalannya, adakah kita ambil peduli?

Ir Hj Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Kluster Tarbiah ISMA

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *