home Semasa New York tingkat bekalan makanan halal sempena Ramadan

New York tingkat bekalan makanan halal sempena Ramadan

 

CHICAGO – Datuk Bandar New York, Bill De Blasio berjanji akan mempertingkatkan lagi bekalan makanan halal pada bulan Ramadan berikutan kesukaran umat Islam di Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkannya.

Kebanyakan restoran dan kedai tidak beroperasi bagi membendung penyebaran wabak COVID-19.

Menurut Arab News, De Blasio menyatakan bahawa saat ini semua agama menghadapi masa yang sukar begitu juga umat Islam dalam menghadapi Ramadan.

“Memandangkan malam ini bermulanya bulan Ramadan dan terdapat ratusan ribu penduduk muslim di New York, ini masa yang penting untuk tahun ini.

“Dan saya ingin katakan kepada saudara dan saudari muslim bahawa anda telah melalui banyak perkara seperti yang kita semua lakukan di mana tidak dapat beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan seperti selalu.

“Tetapi anda telah menunjukkan kekuatan seperti warga New York yang lain dan anda telah bersama serta bergabung melawan wabak ini,” katanya.

De Blasio berkata, bandar itu akan meningkatkan bekalan dan pengagihan makanan halal pada bulan Ramadan dan akan menyajikan lebih dari 500,000 makanan pada bulan Ramadan melalui kerjasama organisasi berasaskan komuniti.

Tambahnya lagi, sebanyak 400,000 bekalan makanan halal akan ditambah di 32 lokasi, di semua lima wilayah dengan populasi muslim yang tinggi.

Sekitar 400 laman web yang menawarkan makanan halal akan terus beroperasi sepanjang bulan Ramadan, dengan 150,000 makanan tambahan akan disajikan melalui sembilan organisasi berasaskan masyarakat. – Agensi

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *