home Semasa Pelarian Syria sedia makanan percuma untuk petugas perubatan di Portugal

Pelarian Syria sedia makanan percuma untuk petugas perubatan di Portugal

 

LISBON: Petugas di sebuah hospital di Lisbon, Portugal, dikejutkan apabila menerima makanan yang dihantar oleh sebuah restoran milik pelarian Syria.

Sejak pertengahan Mac lalu, Ramia Abdalghani dan Alan Ghumim, pemilik Restoran Tayybeh di sini, menawarkan makanan percuma kepada petugas perubatan yang kini bertungkus lumus memerangi wabak COVID-19 di negara itu.

“Kami dibantu oleh mereka yang pernah melalui kehidupan yang perit.

“Ini menunjukkan pentingnya untuk kita saling membantu antara satu sama lain,” kata seorang jururawat yang dikenali sebagai Nuno Delicado. Portugal setakat ini mencatat lebih 16,900 kes positif dan 535 kematian.

 

Antara makanan yang disediakan Restoran Tayybeh kepada petugas perubatan. - Reuters

 

Kebanyakan petugas perubatan tidak lagi mempunyai masa untuk menyediakan atau membawa makanan dari rumah, manakala kafe di hospital ditutup susulan perintah berkurung. Kerana itu, usaha yang dilakukan Ramia dan Alan sangat dihargai.

Pasangan itu berpindah ke Portugal empat tahun lalu dan berjaya membuka restoran tersebut tahun lalu.

“Apabila anda melarikan diri dari perang, ia situasi yang sukar tetapi dalam masa yang sama anda akan kenal siapa kawan anda.

“Kami diterima dengan baik di sini, jadi kami melakukan sesuatu untuk membalas budi mereka,” kata Alan.

 

 

Pasangan itu juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan dan menganggap mereka “layak diberi makan malam paling enak bersama keluarga, sebelum kembali berjuang pada keesokan harinya”. – Astro Awani

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *