home Semasa ‘Pembayar zakat hero asnaf’

‘Pembayar zakat hero asnaf’

 

Lebih RM153.24 juta bantuan zakat sudah disalurkan kepada asnaf seluruh negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, bantuan zakat itu disalurkan ke seluruh negara bagi membantu asnaf yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Menurutnya, peruntukan zakat itu diberikan kepada institusi zakat negeri masing-masing untuk diagihkan kepada golongan berkenaan.

Katanya, ia adalah agihan sepanjang tempoh PKP dan tidak termasuk dalam skim bantuan lain.

“Jumlah bantuan itu akan ditambah dari masa ke semasa mengikut kepada kesan wabak Covid-19 dan tempoh PKP sekiranya dilanjutkan ke fasa seterusnya.

“Terima kasih kepada pembayar zakat, anda semua adalah ‘hero’ kepada asnaf.

“Sekiranya pihak kita tidak mengadakan dakwah dan seruan kepentingan berzakat sudah tentu tidak dapat mengumpul sejumlah besar itu, sekali gus dapat menyalurkan bantuan kepada pihak memerlukan,” katanya melalui kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya.

Setakat ini Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat sudah mengagihkan sebanyak RM34.41 juta; Zakat Pulau Pinang (RM14.52 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang serta Pusat Pungutan Zakat Pahang (RM12.2 juta); Majlis Agama Islam Kelantan (RM12.6 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (RM14.35 juta); Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (RM20.2 juta); Lembaga Zakat Selangor (RM15 juta); Majlis Agama Islam Johor (RM7.4 juta); Lembaga Zakat Kedah (RM16.7 juta); Perbadanan Baitul Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (RM4.3 juta); Zakat Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (RM4.26 juta); Tabung Baitulmal Sarawak (RM6 juta); Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Agama Islam Sabah (RM6 juta) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (RM3.98 juta). -hmetro

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *