home Semasa PEMBELA bantah kebenaran syarikat arak beroperasi semasa PKP

PEMBELA bantah kebenaran syarikat arak beroperasi semasa PKP

 

1. PERTUBUHAN-PERTUBUHAN Pembela Islam (PEMBELA) merupakan gabungan NGO-NGO Islam utama yang berdaftar dan dari pelbagai latar belakang.

2. Berdasarkan kepada tulisan MalaysiaKini bertarikh 5 April 2020 bertajuk ‘KPDNHEP benarkan syarikat arak beroperasi semasa PKP’, kami inginkan pengesahan perkara ini dan jika ianya benar inginkan penjelasan yang berikut:

i. Apakah arak itu memenuhi kriteria keperluan ‘essential’ dan kritikal? Pada masa yang sama ribuan lagi perniagaan halal diminta tutup dalam masa PKP ini.

ii. Mengapakah perniagaan ini diberi pengecualian khas dalam masa PKP?

iii. Apakah kilang ini mempunyai kaitan dengan orang berkentingan sehingga mendapat kelulusan dalam masa seminggu?

 

 

3. PEMBELA ingin mengingatkan bahwa arak jelas memudaratkan dan terbukti salah satu punca berlaku masalah sosial lebih-lebih lagi dalam keadaan getir penularan wabak Covid-19.

4. Pihak PEMBELA membantah sekeras-kerasnya terhadap kebenaran yang diberi jika ianya betul dan berharap agar pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menarik balik kebenaran tersebut.

5. KPDNHEP seharusnya lebih peka dengan sebarang tindakan yang tidak memberi manfaat kepada rakyat amnya serta mengambilkira sensitiviti umat Islam di negara ini.

Sekian terima kasih.

Hj. Aminuddin Yahaya
Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *