home Semasa Pemimpin muslim kena guna kuasa ajak rakyat buat kebaikan

Pemimpin muslim kena guna kuasa ajak rakyat buat kebaikan

 

BANGI – Ahli politik serta pemimpin muslim yang berada di puncak kuasa wajar menggunakan kuasa yang ada untuk menggesa rakyat membuat kebaikan serta mencegah segala perbuatan yang mungkar.

Ketua Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA (ANGKASA), Hazwan Mohamad bahkan berkata, rakyat juga mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin mengisi tampuk kekuasaan.

“Maka gunalah kuasa rakyat yang ada untuk memilih pemimpin muslim yang berwibawa, jujur dan berani menegakkan kalimah Allah di muka bumi,” katanya dalam satu kenyataan.

Hazwan juga turut berkongsikan hadis Rasulullah SAW yang memohon perlindungan daripada Allah SWT daripada lima perkara agar orang mukmin tidak melakukannya.

Katanya, perkara pertama daripada lima perkara tersebut adalah perlindungan daripada terzahirnya ‘fahisyah’ yang dilakukan secara terang-terangan.

“Sabda Nabi, tidaklah perkara ‘fahisyah’ berleluasa pada sesuatu kaum, sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan, kecuali akan tersebar di kalangan mereka wabak taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah dialami oleh generasi sebelumnya.

“Apakah itu ‘fahisyah’? ‘Fahisyah’ adalah tersebarnya maksiat keji dalam masyarakat seperti budaya porno, pergaulan tanpa batas lelaki perempuan, seks bebas, zina, hubungan songsang dan seumpamanya.

“Secara terang-terangan bermaksud dilakukan secara tidak tersembunyi malah bangga melakukannya dan mempromosikannya. Manakala orang yang menolak perbuatan itu dianggap kolot, ketinggalan zaman dan tercicir dari kemajuan,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa hadis ini menjadi sentapan buat umat Islam betapa apa yang disebut Nabi ratusan tahun dahulu menjadi nyata di hadapan kita.

“Moga-moga kita semua sama-sama mengambil pengajaran. Memang benar, bukan kita yang buat barangkali, tetapi azab musibah Allah tidak hanya terkena pada orang yang berbuat maksiat sahaja, tetapi juga pada orang yang beriman,” katanya. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *