home Semasa Rejim Israel tahan Gabenor Baitulmaqdis tanpa sebab

Rejim Israel tahan Gabenor Baitulmaqdis tanpa sebab

 

BAITULMAQDIS – Gabenor Baitulmaqdis, Adnan Ghaith ditahan oleh polis Israel semalam, menurut laporan Agensi Anadolu dan media tempatan.

Video yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Wadi Hilweh yang berpusat di Baitulmaqdis menunjukkan polis menahan Adnan di rumahnya di kawasan kejiranan Silwan, di sini.

Adnan telah ditahan beberapa kali dalam beberapa bulan kebelakangan ini, namun sebab penahanan masih tidak jelas dan polis Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Pada Februari, pihak berkuasa pendudukan Israel mengharamkan Adnan daripada memasuki Tebing Barat selama enam bulan, termasuk melarang beliau berkomunikasi dengan Pihak Berkuasa Palestin (PA) – walaupun menjadi Gabenor PA.

Beliau sebelum ini, beliau pernah ditangkap oleh tentera Israel pada Oktober 2019, dan sekali lagi pada November 2019.

 

 

Penangkapan Adnan dibuat dua hari selepas pasukan pengganas Israel menahan Menteri Hal Ehwal Baitulmaqdis, Fadi Al-Hadami pada Jumaat kerana didakwa melanggar larangan rejim terhadap kegiatan politik Palestin di Timur Baitulmaqdis.

Kementerian Hal Ehwal Baitulmaqdis dalam satu kenyataan berkata, polis Israel menyerbu rumah Fadi di kawasan kejiranan Silwan dan membawanya ke tahanan.

Jawatankuasa Eksekutif PLO, Hanan Ashrawi berkata, pendudukan Israel sengaja melemahkan usaha Palestin dalam memerangi wabak COVID-19, susulan berulang kali menahan menteri itu. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Ramadan Bersama Palestin dengan pakej sumbangan seperti di bawah:

🅰️ PAKEJ RAMADAN BERSAMA PALESTIN
Bernilai RM500 (rujukan: RBP)

Jenis sumbangan yang disalurkan:
1️⃣ Bantuan Kecemasan dan Perubatan
2️⃣ Pek Makanan
3️⃣ Imarah Masjid Al-Aqsa
4️⃣ Sahur dan Iftar

🅱️ TABUNG RAMADAN KAREEM
Sumbangan umum RM10, RM50, RM100 (rujukan: TRK)

⚡️ Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: billplz.com/aptemerloh

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

Sertakan maklumat berikut:
Nama:
Sumbangan: RBP / TRK

Daripada Zaid bin Khalid RA, bersabda Rasulullah SAW:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR al-Tirmizi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *