home Semasa Saya yakin Allah tidak membebani dengan sesuatu yang kita tidak mampu

Saya yakin Allah tidak membebani dengan sesuatu yang kita tidak mampu

Menerusi sidang media Perutusan Khas yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yaassin telah mengumumkan beberapa inisiatif tambahan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam siaran langsung sebentar tadi.

Dalam kata-kata akhir beliau dalam sidang media sebentar tadi, beliau ada menyelitkan doa dan memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang menghadapi waktu genting ini.

“Setelah lebih tiga minggu kita berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan ini, pasti saudara dan saudari ada yang terbeban. Selama tiga minggu ini, aktiviti kita terhalang, kehidupan kita amat berbeza dari dahulu.”

“Wabak ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat ditanggung oleh kita semua, yakinlah kita dapat mengatasi masalah wabak ini bersama-sama. Ingatlah, selepas hujan datangnya matahari. InshaAllah kita dapat mengatasi wabak ini. ” Katanya.

Beliau juga memetik Surah Al Baqarah ayat 286 yang bermaksud.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia menanggung kejahatan yang diusahakanny.” 

Segala yang ujian yang terjadi ini Allah mengetahui sejauhmana kita mampu untuk hadapinya. Yakinlah kita akan menang dengan bantuan Allah. – siakapkeli

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *