home Semasa Tan Sri Muhyiddin suarakan sokongan Malaysia terhadap isu Palestin

Tan Sri Muhyiddin suarakan sokongan Malaysia terhadap isu Palestin

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengadakan perbincangan menerusi telefon, berkaitan beberapa isu termasuk hubungan dua hala dan wabak COVID-19, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

Mahmoud turut mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan menekankan mengenai pentingnya meningkatkan kerjasama serta hubungan dua hala kedua-dua negara.

Presiden itu turut menzahirkan harapannya, kerajaan dan rakyat Malaysia berjaya mengharungi perjuangan memerangi wabak COVID-19, sambil menekankan kesediaan Palestin meneruskan kerjasama dengan Malaysia dalam pelbagai bidang.

 

 

Sementara itu, Muhyiddin turut menyuarakan sokongan Malaysia terhadap isu Palestin, dan hasrat meneruskan jalinan kerjasama untuk mengukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Beliau turut mempelawa Abbas melawat Malaysia selepas berakhirnya krisis COVID-19, dan mendoakan keamanan, keselamatan rakyat Palestin dan mereka mencapai impian untuk membentuk perpaduan, meraih kebebasan dan kemerdekaan. – Bernama

www.indahnyaislam.my

⚡️Salurkan sumbangan untuk Palestin ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: billplz.com/aptemerloh

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *