home Semasa Tempuhi Ramadan dengan iman

Tempuhi Ramadan dengan iman

 

1. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk bertemu bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan iaitu bulan Ramadan al-Mubarak.

2. Pada tahun ini kita menjalani ibadah puasa dalam suasana yang cukup mencabar.

Seluruh dunia menghadapi krisis dan musibah pandemik COVID-19.

Mehnah ini mengajar kita untuk merenung kembali hubungan manusia dengan Allah SWT dan mengutip hikmah-hikmah yang berharga untuk membangunkan diri,keluarga dan sistem kehidupan.

3. Ujian ini adalah momen terbaik untuk kita memuhasabahkan diri kita sebagaimana yang diajar oleh baginda nabi ﷺ di dalam hadisnya akan kepentingan iman dan ihtasab sebagai wasilah mencapai darjat ketaqwaan.

4. Namun disebalik krisis yang kita lalui akan menemui titik kejayaan.

Kejayaan itu akan dicapai dengan syarat kita menyempurnakan syarat-syarat kejayaan iaitu menilai musibah dengan kacamata iman, mengambil kira aspek asbab musabab, rasa optimis, memahami sunnatullah dan mengubah musibah menjadi peluang.

5. Buat para guru, manfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bulan Ramadan ini untuk memanfaatkan apa medium untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak pelajar agar tidak ada yang ketinggalan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), meskipun kita berdepan pelbagai kekangan.

Para guru perlu bersedia dari aspek mental untuk menerima normal baharu (new normal) dan ketangkasan untuk berubah ke arah lebih baik.

6. Gunakanlah peluang ini untuk menyantuni anak-anak murid kita yang memerlukan bantuan dan sokongan sama ada dalam bentuk sokongan material atau sokongan emosi dalam mereka menjalani ibadah puasa.

7. Harapan kita semua agar musibah COVID-19 tidak menjejaskan ibadah puasa.

Kita mendoakan agar Allah mengangkat musibah ini dan dunia kembali pulih.

Semoga Ramadan akan meningkatkan daya sabar dan daya tahan kita menghadapi apa jua dugaan agar kita beroleh ketakwaan. – ismaweb

Ustaz Mohd Azizee Hasan
Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru)

 

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *