home Dunia Islam Turki lanjut perintah berkurung hujung minggu hingga Mei

Turki lanjut perintah berkurung hujung minggu hingga Mei

 

ISTANBUL – Turki akan menguatkuasakan perintah berkurung hujung minggu ke atas 31 bandar, termasuk melanjutkan sekatan sehingga selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada penghujung Mei ini.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan melalui satu sidang video selepas mesyuarat Kabinet memaklumkan, jadual untuk kembali normal akan diumumkan tidak lama lagi.

Pelaksanaan perintah berkurung selama empat hari pada hujung minggu itu, merangkumi cuti umum pada 23 April dan awal Ramadan minggu lalu.

“Dengan mengatasi wabak COVID-19, Turki berharap dapat menyambut dua sambutan pada penghujung bulan Ramadan ini,” katanya.

Erdogan berkata, kerajaannya telah memindahkan 25,000 rakyat Turki di puluhan negara seluruh dunia, dan sekitar 40,000 orang sudah dibawa pulang dari wilayah yang dilanda wabak.

Menurut Kementerian Kesihatan Turki, kes COVID-19 di negara itu meningkat sebanyak 2,131 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 112,000.

95 kematian baharu juga dicatatkan setakat semalam, sekali gus menambah jumlah kepada 2,900 orang, sementara lebih 4,650 kes kembali sembuh.

Erdogan berkata, jumlah kes baharu dan kematian terus menurun selain kadar pesakit pulih meningkat dilihat sebagai petanda penting.- Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *